Page 52 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 52

BAB  3           Zaman





                                     Prasejarah







                       Sinopsis

                  Zaman  Prasejarah  merupakan  zaman  yang  melihat  tahap  perubahan
                  pencapaian dan kemajuan manusia. Perbincangan tentang zaman ini
                  dimulakan dengan maksud Zaman Prasejarah dan lokasi zaman tersebut.
                  Perbincangan akan merangkumi aspek ciri kehidupan manusia Zaman
                  Prasejarah. Seterusnya, perbincangan akan memfokuskan sumbangan zaman
                  ini  kepada  kemajuan  kehidupan  manusia.  Bab  ini  turut  membincangkan
                  tinggalan  manusia  Zaman  Prasejarah  di  Malaysia.  Pemahaman  terhadap
                  Zaman Prasejarah menyedarkan kita bahawa tamadun dan sejarah manusia
                  sentiasa mengalami perubahan dan kesinambungan.




                        Apakah yang akan anda pelajari?


                  1.  Memahami maksud Zaman Prasejarah.
                  2.  Mengenal lokasi Zaman Prasejarah.
                  3.  Memahami ciri-ciri kehidupan Zaman Prasejarah.
                  4.  Memahami kesinambungan sumbangan Zaman Prasejarah terhadap
                     kemajuan kehidupan manusia.
                  5.  Memahami bukti tinggalan Zaman Prasejarah di Malaysia.





                        Apakah elemen kewarganegaraan dan nilai sivik
                        yang akan anda dapati?
                  1.  Menjelaskan keupayaan manusia Zaman Prasejarah meneruskan
                     kelangsungan hidup.
                  2.  Mencadangkan kepentingan memelihara dan memulihara tinggalan
                     Zaman Prasejarah.
                  3.  Menjelaskan penghargaan terhadap kemajuan dalam masyarakat Zaman
                     Prasejarah.
                  4.  Melahirkan rasa bersyukur dalam memanfaatkan alam ciptaan Tuhan.




                 44
                 44
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57