Page 97 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 97
Arif dan Peka Sejarah
Nilai, Patriotisme dan Iktibar
Memahami tamadun membolehkan kita mengenali masyarakat yang
bertamadun, iaitu masyarakat yang mengamalkan tatasusila dan kehidupan
beradab. Oleh itu, kita perlu sentiasa berilmu dan beramal untuk kepentingan
negara.
Pengetahuan tentang pembentukan tamadun manusia mendidik kita supaya
sentiasa berilmu dan berketerampilan seterusnya melibatkan diri dalam
pembangunan negara.
Kesungguhan manusia menggunakan kebijaksanaan untuk kelangsungan hidup
bertamadun mendidik kita supaya menghargai sumbangan khazanah masa lalu.
Diri dan keluarga Negara
Sikap menghormati pendapat sesama ahli Kita perlu sentiasa berusaha
keluarga amat penting supaya kesepakatan memupuk kesedaran cinta akan
dapat dicapai demi kelangsungan dan warisan negara. Bagi memupuk
kesejahteraan keluarga. Selain itu, kita perlu semangat ini, kita perlu sentiasa
melengkapkan diri dengan pembangunan mengamalkan sikap berkerjasama
kerohanian. dan saling bersefahaman sesama
ahli masyarakat.
Putrajaya merupakan mercu tanda pembinaan tamadun negara kita yang hebat.
89

