Page 92 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 92
7. Agama dan Kepercayaan
Masyarakat tamadun awal
mempercayai banyak tuhan.
Antara tuhan yang disembah
termasuklah tuhan bulan,
matahari, ibu dan sungai.
Terdapat institusi agama yang
mengurus upacara keagamaan,
seperti korban binatang
atau mempersembahkan
makanan kepada kuasa roh. Lakaran daripada Book of the Dead yang menunjukkan orang yang
Dalam hal ini, tempat ibadat mati bersama-sama isterinya memerhatikan penimbang keadilan
yang besar dibina sebagai sedang menimbang perlakuannya semasa hidup.
tanda menghormati tuhan. (Sumber: Gloria K.Fiero, Landmark in Humanities, New York: McGrawHill, 2006,
Di Mesir misalnya, penduduk hlm. 15)
mempercayai kehidupan selepas
kematian.
8. Tulisan dan Penyimpanan Rekod
Sistem tulisan mula lahir kira-kira 5,000 tahun lalu. Penciptaan
tulisan penting bagi membezakan kehidupan Zaman Prasejarah
dan sejarah. Kemudian, manusia mencipta sistem tulisan
yang lebih baik menggunakan abstrak simbol bagi mewakili
pelbagai bentuk idea. Kelahiran tulisan membolehkan
manusia menyimpan rekod dan perkara penting tentang
masyarakat dan diri mereka. Tulisan pertama menggunakan
sistem piktograf atau simbol gambar.
Bentuk piktograf
dalam tulisan
kuneiform yang Tulisan zaman Dinasti Shang
digunakan pada tulang haiwan.
semasa Tamadun
Mesopotamia. (Sumber: Gloria K.Fiero, Landmark
in Humanities, New York:
McGrawHill, 2006, hlm. 7)
(Sumber: Farah dan Karls,
World History Human
Experience, New York:
Glenceo, 1999, hlm. 69) Cerna Minda
Apakah kepentingan tulisan
kepada kehidupan manusia?
84

