Page 110 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 110
4.3
Tujuan: Membuat pemerhatian tentang struktur dan fungsi sistem pembiakan
Arahan
1. Jalankan aktiviti secara berkumpulan.
2. Lakukan pemerhatian di Internet tentang struktur sistem pembiakan lelaki dan
wanita.
3. Lukis dan labelkan organ pembiakan lelaki dan wanita di atas kad manila.
4. Bentangkan hasil lukisan anda.
5. Pamerkan hasil kerja kumpulan anda di sudut sains kelas atau makmal.
Perubahan Fizikal yang Berlaku Ketika Akil Baligh
Akil baligh bermaksud peringkat permulaan sistem pembiakan menjadi matang dan
menghasilkan sel pembiakan. Remaja yang telah akil baligh akan mengalami pertumbuhan
dan perkembangan yang banyak sama ada dari segi emosi, fizikal mahupun fisiologi.
Kita lihat nanti apabila adik
sudah akil baligh. Mesti
adik juga akan kelihatan
Lihat foto ini! Abang berbeza. Kita akan mengalami
sudah banyak berubah!! perubahan pada tubuh badan
Bagaimanakah agaknya apabila sudah akil baligh.
rupa saya apabila saya
besar nanti?
Rajah 4.10 Akil baligh menyebabkan perubahan yang berbeza kepada seseorang
100 Bab 4

