Page 112 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 112
4.4
Tujuan: Membincangkan pengalaman perubahan fizikal semasa akil baligh
Arahan
1. Senaraikan perubahan-perubahan fizikal yang berlaku semasa mencapai akil baligh.
2. Adakah perempuan yang belum didatangi haid pada umur 18 tahun dianggap tidak
normal? Terangkan jawapan anda.
3. Andaikan anda bekerja sebagai penyunting majalah di suatu ruangan nasihat. Seorang
remaja ingin mendapatkan nasihat daripada anda tentang masalah jerawat yang serius.
Apakah nasihat yang dapat anda berikan kepadanya?
Perbandingan Gamet Jantan dan Gamet Betina
Anda sudah belajar daripada subtopik lepas bahawa sperma merupakan gamet jantan
atau sel pembiakan lelaki, manakala ovum merupakan gamet betina atau sel pembiakan
perempuan. Sperma ialah sel yang paling kecil di dalam badan lelaki dan berbentuk
seperti berudu. Ovum pula ialah sel yang terbesar di dalam badan perempuan. Rajah
4.12 menerangkan struktur sperma dan ovum.
Kepala
Nukleus Lapisan jeli
Nukleus
Sitoplasma
Bahagian
tengah Membran sel
Ekor
Sperma Ovum
Rajah 4.12 Struktur sperma dan ovum
102 Bab 4

