Page 176 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 176

Apakah itu Unsur?
                   Unsur ialah bahan yang paling ringkas. Unsur tidak boleh diuraikan secara kimia kepada
                   dua atau lebih bahan yang lebih ringkas lagi. Terdapat hanya satu jenis zarah dalam setiap
                   jenis unsur.

                       Selain besi, oksigen, hidrogen, aluminium, karbon dan kuprum juga merupakan
                   unsur. Oksigen ialah suatu unsur yang banyak terdapat di Bumi.


                            Baldi zink      Zn  Zn  Zn  Zn                    Tabung oksigen  O      O  O
                                         Zn  Zn  Zn  Zn  Zn  Zn Zn                              O        O O
                                        Zn Zn  Zn  Zn  Zn  Zn  Zn                            O  O    O
                                        Zn  Zn  Zn  Zn  Zn                                         O
                                                   Zn    Zn                                     O       O
                                        Zn Zn  Zn  Zn  Zn                                     O           O
                                             Zn         Zn                                         O
                                         Zn     Zn  Zn  Zn                                           O
                                            Zn
                                              Zn Zn  Zn


                                     H  H    H  H
                   Tong hidrogen
                                     H  H    H  H
                                                                                              C  C
                                                          Paku                             C       C
                                        H  H              besi                           C   C  C  C  C
                                                                                       C  C    C    C  C
                                                                                       C  C  C  C  C C  C  C
                                                         Fe Fe  Fe                     C  C  C  C      C
                                                       Fe        Fe                                 C
                                                     Fe  Fe Fe  Fe                      C   C  C  C   C
                                                       Fe          Fe                      C       C
                                                   Fe     Fe Fe  Fe                           C  C
                                                     Fe       Fe    Fe
                                                   Fe   Fe  Fe   Fe
                                                      Fe      Fe    Fe                  Karbon
                                                   Fe    Fe  Fe  Fe
                                                       Fe      Fe  Fe
                                                     Fe  Fe  Fe
                                                       Fe        Fe
                                                         Fe  Fe  Fe
                                        Rajah 6.5 Unsur terdiri daripada zarah yang sama jenis


                   Apakah itu Sebatian?
                   Sebatian pula terdiri daripada dua atau lebih unsur yang bergabung secara kimia.
                   Sebatian terhasil daripada tindak balas kimia. Sebatian boleh dihasilkan di dalam
                   makmal atau terhasil secara semula jadi di sekeliling anda. Contoh-contoh sebatian ialah
                   aluminium oksida, zink sulfida, besi klorida, gula, air dan garam.

                       Bagaimanakah komponen-komponen sebatian dapat dipisahkan? Unsur-unsur
                   dalam sebatian tidak boleh dipisahkan secara fizikal tetapi hanya boleh dipisahkan
                   secara kimia, iaitu dengan menggunakan tenaga elektrik (elektrolisis). Gambar foto 6.1
                   menunjukkan contoh-contoh sebatian dalam kehidupan harian.

                    166  Bab 6
                    166
                         Bab 6
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181