Page 174 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 174
6.1 Pengelasan Unsur
• Merumuskan bahawa semua jirim terdiri daripada atom.
• Membezakan atom dengan molekul dan unsur dengan sebatian.
• Mengenal pasti kedudukan logam, bukan logam dan gas nadir dalam Jadual Berkala.
• Membezakan ciri-ciri logam dan bukan logam.
• Menghargai unsur alam yang membolehkan manusia menemui dan menyusun ketertiban ini dalam
bentuk jadual.
nda sudah belajar dalam bab 5 bahawa semua benda yang
A mempunyai jisim dan memenuhi ruang ialah jirim. Jirim-jirim
ini pula terdiri daripada zarah-zarah yang kecil dan diskret yang
disebut sebagai atom.
Gelang emas Belon udara panas
Rajah 6.1 Susunan atom di dalam gelang emas dan belon udara panas
Atom tidak boleh dilihat dengan mata kasar
kerana saiznya terlalu kecil. Atom hanya boleh dilihat
menggunakan mikroskop elektron dengan pembesaran Logam dan sesetengah
sehingga berjuta-juta kali ganda. Andaikan sebiji buah oren bukan logam seperti
adalah suatu atom, ia akan dibesarkan sebesar saiz Bumi karbon dan helium wujud
sebagai atom.
dengan menggunakan mikroskop elektron (Rajah 6.2).
Dibesarkan 10 juta kali
ganda menggunakan
mikroskop elektron
Rajah 6.2
164
164 Bab 6
Bab 6

