Page 184 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 184
(VI) Takat lebur
Hipotesis: Takat lebur logam lebih tinggi. Aktiviti ini menghasilkan gas
berbahaya. Oleh itu, lakukan
Pemboleh ubah aktiviti ini di dalam kebuk wasap.
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis bahan
Pemboleh ubah bergerak balas: Takat lebur bahan
Pemboleh ubah dimalarkan: Kuantiti bahan
Bahan dan radas: Termometer (0-360°C), mangkuk
pijar, penunu Bunsen, alas segi tiga tanah liat, Termometer
tungku kaki tiga, serbuk timah, serbuk sulfur. Serbuk
Prosedur Mangkuk timah
1. Panaskan serbuk timah di dalam mangkuk pijar. pijar Alas segi tiga
2. Perhatikan dan rekod takat lebur serbuk timah. tanah liat
3. Ulang langkah 1 dan 2 dengan menggunakan
serbuk sulfur. Panaskan Tungku
4. Rekodkan pemerhatian anda. kaki tiga
Rajah 6.17
Keputusan
Ciri-ciri fizikal Logam Bukan logam
Kekilauan
Kemuluran
Kebolehtempaan
Kekonduksian elektrik
Kekonduksian haba
Takat lebur
Kesimpulan
Adakah hipotesis boleh diterima?
Soalan
1. Apakah perbezaan kekilauan permukaan rod kuprum dan karbon?
2. Antara dawai kuprum dengan grafit pensel, yang manakah dapat dibengkokkan?
3. Antara kepingan besi dengan sulfur, yang manakah boleh ditempa?
4. Antara rod besi, rod karbon dan rod sulfur yang manakah dapat mengkonduksikan
arus elektrik?
5. Antara rod besi dengan karbon, yang manakah konduktor haba yang lebih baik?
6. Antara serbuk timah dengan sulfur, yang manakah mempunyai takat lebur yang
lebih tinggi?
174 Bab 6
174
Bab 6

