Page 212 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 212
7.2
Tujuan: Mentafsir dan berkongsi maklumat mengenai kepentingan gas dalam kehidupan
harian serta maklumat mengenai kitar oksigen dan kitar karbon
Arahan
1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan.
2. Cari maklumat mengenai kepentingan gas-gas yang berikut dalam kehidupan harian:
(a) oksigen
(b) karbon dioksida
(c) nitrogen
(d) gas nadir
3. Kemudian, catatkan maklumat yang diperoleh dalam mana-mana bentuk peta
pemikiran yang sesuai.
4. Cari maklumat berkaitan kitar oksigen dan kitar karbon. Bagaimanakah kitar-kitar
tersebut mengekalkan peratusan gas dalam atmosfera?
Langkah-langkah Mengelakkan Gangguan kepada Kitar Oksigen
dan Kitar Karbon
Alam sekitar kita kian musnah akibat daripada aktiviti manusia seperti penebangan
pokok dan penggunaan racun serangga dalam pertanian secara tidak terkawal. Keadaan
ini menyebabkan peningkatan gas karbon dioksida dan mengganggu kitaran-kitaran
semula jadi termasuklah kitar oksigen dan kitar karbon. Antara kesannya kepada
hidupan dan persekitaran ialah pemanasan global dan kesan rumah hijau.
Gambar foto 7.3 Tanah yang subur boleh bertukar menjadi kontang akibat pemanasan global
202 Bab 7
202
Bab 7

