Page 216 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 216

C Menentukan bahawa haba diperlukan untuk pembakaran
                     Bahan dan radas: Mancis, mancis yang telah disimpan di bahagian penyejuk beku peti
                     sejuk, kotak mancis.
                     Arahan
                     1.  Labelkan P pada mancis yang telah disimpan dalam bahagian penyejuk beku peti sejuk
                        dan sebatang mancis lain sebagai Q.
                     2.  Nyalakan mancis P dan Q. Perhatikan perubahan yang berlaku.
                     Soalan:
                     1.  Adakah mancis P dan Q menyala? Mengapa?
                     2.  Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti ini?


                   Alat Pemadam Api
                   Pernahkah anda menjalani latihan kebakaran di sekolah? Sudah
                   pasti pihak bomba akan menunjukkan cara penggunaan alat
                   pemadam api yang betul. Alat pemadam api merupakan alat
                   perlindungan kebakaran yang digunakan untuk memadamkan
                   api atau mengendalikan kebakaran kecil. Bahan yang digunakan
                   dalam alat pemadam api berbeza mengikut jenis kebakaran yang
                   berlaku seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.1.
                                                                                 Rajah 7.10 Alat pemadam api
                                 Jadual 7.1 Jenis kebakaran dan alat pemadam api yang sesuai digunakan

                      Bahan yang                  Contoh                       Alat pemadam api
                       terbakar                   bahan                         yang digunakan
                        Pepejal     Kayu, kain, kertas                 Air, serbuk kering
                        Cecair      Minyak, varnis, cat                Busa, serbuk kering, karbon dioksida
                          Gas       Propana, asetilena, metana         Busa, serbuk kering, karbon dioksida
                                    Kalium, natrium, magnesium,        Serbuk kering, pasir kering
                        Logam
                                    kalsium


                                                            Jangan! Air lebih tumpat daripada
                                                             minyak dan akan tenggelam di
                                                              bawah minyak. Jadi, api tidak
                                       Kamal, cepat            akan terpadam. Kita perlu
                                       ambil sebaldi             menggunakan busa!
                                      air sebelum api
                                        merebak!










                    206  Bab 7
                    206
                         Bab 7
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221