Page 250 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 250

Pada waktu senja


                    Pada waktu senja pula, cahaya
                    matahari bersinar secara                 Zarah udara, habuk dan debu
                    mengufuk. Cahaya yang
                    paling kurang diserak seperti                                   Cahaya biru diserak
                    merah dan jingga akan melalui                                   oleh zarah-zarah yang
                                                                                    terapung di udara
                    atmosfera tanpa gangguan.
                    Cahaya lain seperti cahaya                    Cahaya daripada matahari
                    biru yang banyak diserak akan                 muncul kemerahan
                    hilang daripada lintasan cahaya                    Bumi
                    asal. Oleh itu, langit pada waktu
                    senja kelihatan kemerahan.              Rajah 8.22 Penyerakan cahaya pada waktu senja







                                           8.8

                         Tujuan: Mengkaji penyerakan cahaya
                         Bahan dan radas: Serbuk susu, bikar kaca 1000 ml, kotak sinar, skrin putih.
                         Arahan
                         1.  Lakukan aktiviti dalam keadaan gelap.
                         2.  Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.23.
                         3.  Hidupkan kotak sinar.
                         4.  Tambahkan beberapa sudu serbuk susu ke dalam air. Kacau air sehingga anda dapat
                           melihat alur cahaya yang bersinar melalui cecair dengan jelas.
                         5.  Lihat alur cahaya dari sisi bekas. Kemudian, lihat pada skrin putih seperti yang
                           ditunjukkan dalam Rajah 8.23.
                         6.  Tambahkan lagi serbuk susu dan perhatikan warna alur cahaya putih berubah dari
                           sisi bekas dan pada skrin putih.
                         7.  Rekodkan pemerhatian anda.


                                                     Serbuk              Skrin
                                                     susu                putih

                                                Kotak sinar
                                                                    Air

                                                           Rajah 8.23
                         Soalan:
                         1.  Apakah fungsi penambahan serbuk susu ke dalam air?
                         2.  Apakah perbezaan antara alur cahaya yang dilihat dari sisi bekas dengan di
                            belakang bekas? Apakah yang telah berlaku?



                    240  Bab 8
                    240
                         Bab 8
   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255