Page 246 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 246

Soalan
                       Apakah yang berlaku kepada sinar cahaya apabila sinar itu bergerak dari
                       (a) medium kurang tumpat ke medium lebih tumpat?
                       (b)  medium lebih tumpat ke medium kurang tumpat?

                       Banyak contoh kesan pembiasan cahaya dalam kehidupan seharian yang boleh kita
                   lihat. Mari kita lakukan Aktiviti 8.6 untuk mengetahui lebih banyak fenomena pembiasan
                   cahaya.


                                          8.6
                        Tujuan: Menyiasat fenomena pembiasan cahaya

                        Arahan
                        1.  Jalankan aktiviti secara berkumpulan.
                        2.  Kenal pasti fenomena pembiasan cahaya seperti di bawah.
                           •  Sudu kelihatan bengkok di dalam air
                           •  Dasar kolam renang kelihatan lebih cetek
                        3.  Gunakan sumber-sumber seperti perpustakaan, Internet dan lain-lain untuk
                           mengumpulkan maklumat berkenaan fenomena tersebut.
                        4.  Bentangkan hasil kajian anda di dalam kelas.



                                                     8.4

                      1.  Mengapakah dasar kolam renang yang dalam kelihatan cetek?
                      2.  Sinar cahaya terbias pada sudut tertentu dalam dua kes seperti di bawah. Bezakan
                        ketumpatan kedua-dua medium dalam kes di bawah.

                                Kes 1:                Kes 2:
                                       A                    C
                                       B                    D





                     8.5         Penyebaran Cahaya



                    •  Berkomunikasi mengenai penyebaran cahaya.
                    •  Menjelaskan penyebaran cahaya dalam kehidupan harian berserta contoh.

                        ahukah anda tentang sebab susunan warna seperti pelangi dapat dilihat apabila

                   T cahaya melalui satu prisma kaca?
                       Cahaya putih terdiri daripada tujuh warna yang berlainan. Setiap juzuk warna ini
                   akan bergerak dengan kelajuan yang berlainan dalam sesuatu medium. Sebagai contoh,
                   cahaya merah mempunyai kelajuan yang paling tinggi. Oleh itu, cahaya merah paling
                   kurang dibiaskan. Cahaya ungu pula mempunyai kelajuan yang paling rendah dan paling
                   banyak dibiaskan.
                    236  Bab 8
                    236
                         Bab 8
   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250   251