Page 119 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 119

Menulis


                                                                 Waspada Sebelum Rugi
                                AKTIVITI

                         Catatkan isi-isi penting dalam   Kad Mesin Juruwang Automatik atau kad ATM
                         teks dan buat ringkasan.      ialah kad yang digunakan oleh pengguna untuk
                                                       mengeluarkan wang atau memindahkan sejumlah
                  wang ke dalam akaun pada bila-bila masa. Pengguna hanya perlu memasukkan nombor
                  pengenalan peribadi atau nombor PIN apabila mahu membuat transaksi kewangan. Kad
                  ATM dapat mewujudkan akses terhadap akaun penggunanya. Oleh itu, pengguna perlu               T
                                                                                                                E
                  mengambil beberapa langkah agar wang tidak dicuri.                                            M
                      Sebagai pengguna, kita perlulah memastikan kad disimpan di tempat yang selamat.           A
                  Pengguna sepatutnya menyimpan kad di tempat yang sama dan tidak mudah dilihat oleh
                  orang lain. Langkah ini perlu diambil supaya jika kad hilang atau dicuri, pengguna dapat      9
                  menyedari kehilangan kad dengan cepat. Kad yang hilang perlu dilaporkan dengan segera
                  kepada pihak bank.
                      Selain itu, pengguna kad ATM juga perlu menghafal nombor PIN yang diterima daripada
                  institusi perbankan. Hal ini dikatakan demikian kerana pengguna perlu menjaga kerahsiaan
                  nombor PIN daripada orang lain. Pengguna juga tidak sepatutnya menggunakan maklumat diri
                  seperti tarikh lahir sebagai nombor PIN dan tidak menyimpan
                  nombor PIN bersama-sama dengan kad ATM.
                      Seterusnya, pengguna perlu mengelak daripada mendedahkan
                  maklumat perbankan kepada pihak yang tidak dikenali. Hal ini
                  berlaku kerana terdapat pihak yang memperdaya pengguna
                  dengan menawarkan skim-skim yang menarik. Oleh itu, sikap
                  berhati-hati dapat mengelakkan pengguna daripada menjadi
                  mangsa penipuan dalam talian.
                      Di samping itu, pengguna perlu meneliti slip transaksi. Pengguna juga perlu memaklumkan
                  pertukaran alamat dan nombor telefon kepada pihak bank. Perkara tersebut perlu kerana
                  sebarang maklumat daripada pihak bank akan terus sampai kepada pengguna. Dengan cara
                  ini, maklumat diri pengguna terpelihara.
                      Kesimpulannya, semua pengguna kad ATM perlu sentiasa berwaspada dan menjaga kad
                  masing-masing dengan baik. Sebarang kecuaian akan mengundang padah.

                                PERKASA ILMU                                  (Sumber: www.bankinfo.com.my)

                    Membuat perenggan ringkasan:
                    •  Pilih isi penting.                             Huraikan langkah-langkah yang perlu
                    •  Ada kesatuan dan pertautan isi penting.        diambil bagi memastikan anda tidak
                    •  Pertautan terhasil dengan menggunakan          terpedaya dengan skim  cepat kaya
                       penanda wacana. Contohnya, selain              yang ditawarkan oleh pihak yang tidak
                       itu, tambahan pula, di samping itu,            bertanggungjawab.
                       selanjutnya, dan seterusnya.


                                                                                                    105
                         3.5.1                                                                      105
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124