Page 122 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 122
Pengukuhan dan Pengayaan
Koperasi Sekolah
AKTIVITI Penubuhan koperasi sekolah bertepatan dengan Falsafah
1. Jelaskan makna perkataan Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu memperkembang
yang berwarna merah potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
dengan merujuk glosari untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni
dan kamus.
2. Senaraikan isi penting dan dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Sejarah
T tulis ringkasan. penubuhan awal koperasi sekolah ini tercetus daripada
E idea YM Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku
M Abdul Hamid, semasa beliau bertugas sebagai Naib Canselor Universiti Malaya. Terdapat
A beberapa matlamat penubuhan koperasi sekolah.
9 Seperti yang termaktub dalam undang-undang kecil koperasi sekolah, antara tujuan
penubuhannya adalah untuk menyediakan kemudahan menyimpan wang kepada anggota
koperasi, iaitu murid sekolah. Perkara ini mendidik budaya menabung dalam kalangan mereka.
Dengan adanya koperasi, murid dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Pengetahuan
menguruskan koperasi boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran seperti Ekonomi, Prinsip
Perakaunan, dan Matematik. Hal ini secara tidak langsung menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas bertambah menarik dan menyeronokkan.
Selain itu, aktiviti berkoperasi turut menyediakan kemudahan jualan barangan keperluan
murid di sekolah seperti barang-barang persekolahan, makanan, dan pakaian. Semua aktiviti
jualan tersebut diadakan setelah mendapat kebenaran daripada pengetua sekolah. Aktiviti
ini dapat memupuk minat ahli koperasi dalam bidang keusahawanan dan melatih murid
tentang asas perniagaan. Pengiktirafan diberikan kepada mereka yang berusaha keras untuk
menggerakkan koperasi sekolah masing-masing.
Bagi tujuan menilai prestasi sesebuah koperasi, rata-rata sekolah mengadakan Hari
Koperasi Sekolah pada setiap tahun. Melalui Hari Koperasi Sekolah, murid bukan sahaja
berpeluang untuk memahami objektif koperasi pada peringkat sekolah dengan lebih dekat,
bahkan turut membuka mata dan minda mereka tentang sumbangan koperasi sekolah sebagai
wahana penggerak ekonomi negara.
(Sumber: Diubah suai daripada
Ahmad Marzuki Ismail, 2007)
PERKASA ILMU
Gerakan koperasi di Malaysia bermula pada tahun 1922.
Koperasi merupakan salah satu kegiatan kokurikulum di sekolah
menengah. Koperasi sekolah ialah sebuah badan berkanun yang
didaftarkan mengikut Undang-undang Malaysia.
Usahawan mampu berperanan sebagai model ikutan
kepada masyarakat. Huraikan.
108
108

