Page 173 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 173

Membaca


                                             Petua Kecemerlangan Diri

                                               Setiap orang pasti ingin berjaya dengan cemerlangnya. Kata orang,
                                               kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Peribahasa
                             AKTIVITI
                         Nyatakan idea utama   ini menunjukkan betapa pentingnya usaha untuk mencapai kejayaan.
                         dan idea sampingan    Persoalannya, bagaimanakah kita menggapai kejayaan? Terdapat
                                               banyak petua untuk cemerlang, terutamanya dalam pelajaran.
                         berdasarkan teks dalam   Petua yang paling penting ialah kita mesti mempunyai
                         bentuk peta pemikiran.                                                                 T
                                               semangat yang jitu untuk mencapai cita-cita.  Semangat yang      E
                                               membara dalam diri akan  menjadikan kita lebih rajin dan gigih   M
                  berusaha. Ibu bapa, guru, dan rakan boleh menjadi pendorong semangat kepada kita. Selain itu,   A
                  semangat juga boleh dipupuk dengan menyertai program dan ceramah motivasi. Sebagai contohnya,
                  Bengkel Teknik Belajar dan Kem Motivasi.                                                     14
                      Seterusnya, seseorang yang ingin berjaya hendaklah sentiasa berfikiran positif. Apabila seseorang
                  bersikap positif, maka semua masalah dan cabaran dapat ditangani dengan bijak. Seseorang yang
                  tidak mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan haruslah belajar daripada kesilapan dan
                  segera bertindak dengan positif.
                      Kita juga mesti mempunyai teknik belajar yang betul agar dapat meningkatkan pencapaian dalam
                  pelajaran. Jadual waktu belajar dapat membantu murid menguasai kandungan pelajaran dengan baik.
                  Seseorang perlu memperuntukkan masa yang lebih untuk mengulang kaji mata pelajaran yang sukar.
                  Jadual waktu belajar ini hendaklah dipatuhi secara berkesan agar dapat meningkatkan pencapaian.
                       Semasa berada di dalam kelas, kita hendaklah memberikan tumpuan seratus peratus kepada
                  pelajaran. Perhatian kepada pelajaran semasa guru mengajar sangat penting. Penerangan guru dapat
                  membantu pemahaman kita. Sekiranya terdapat perkara yang sukar difahami, kita boleh bertanya
                  kepada guru.
                      Kesimpulannya, semua orang boleh berjaya dengan azam yang kuat dan usaha yang gigih.
                  Kejayaan kita dalam pelajaran pasti akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menjamin
                  masa depan yang cerah.

                                       PERKASA ILMU                                 TEROKA MINDA
                                                                                  Baca bahan daripada
                  Teknik Membaca                                                  pelbagai media
                                                                                  tentang tokoh ilmuwan
                  1. Bacaan secara imbasan (scanning) ialah teknik bacaan pantas
                    yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat khusus bagi         negara, kemudian
                    sesuatu tugasan atau tujuan bacaan. Contohnya, mencari        klasifikasikannya mengikut
                    nama, nombor telefon, mencari makna perkataan dalam           bidang kepakaran mereka.
                    kamus, dan lain-lain.                                          Tahukah anda?
                  2. Bacaan  secara  luncuran  (skimming)  bertujuan  untuk
                    mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh.
                    Luncuran  dilakukan  tiga atau empat kali lebih pantas    Teknik Belajar Cara Belajar ialah proses
                    daripada bacaan biasa. Teknik ini dilakukan apabila terdapat   pembelajaran sama ada bersama-sama
                    banyak bahan bacaan yang perlu dibaca dalam masa terhad.   dengan guru atau tanpa guru.



                                                                                                    159
                         2.3.1                                                                      159
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178