Page 216 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 216

Seni Bahasa



                                          Semi Kasih Citra Tanggungjawab

                     Kehidupan keluarga Azama umpama kais pagi
                     makan pagi, kais petang makan petang. Ayah                    AKTIVITI
                     Azama meninggal dunia semasa dia berusia                 Hasilkan syair yang
                     10 tahun kerana serangan penyakit asma. Pada             berkaitan dengan bahan.
           T         ketika itu, ibu Azama bekerja sebagai penjual
           E         surat khabar lama. Wang itulah yang digunakan    Tersebut kisah keluarga Azama,
           M         untuk menyara kehidupan mereka berlima.           Tiada berayah diserang asma,
           A
                                                                       Ibu menjual surat khabar lama,
          17         Azama kasihan akan adiknya yang berkaki          Buat menampung hidup berlima.

                     ayam ke sekolah. Dia mendapat idea. Kasutnya
                     akan  dipakai  secara  bergilir-gilir  dengan
                     adiknya. Anis akan memakai kasut itu pada
                     sesi persekolahan waktu pagi, Azama pula pada
                     sesi petang. Seusai Anis tiba di rumah, Azama
                     akan berlari sekuat hatinya ke sekolah kerana
                     bimbang ditahan oleh guru disiplin.


                     Azama ialah abang yang bertanggungjawab.
                     Dia mahu Anis memiliki kasut sendiri.  Satu
                     acara larian akan diadakan di sekolah dengan
                     hadiah utamanya ialah sepasang kasut.



                     Pada hari pertandingan Azama berlari dengan
                     bersungguh-sungguh.  Dia mahu mendapat
                     hadiah utama. Azama nekad  untuk memperoleh
                     kasut itu supaya Anis gembira.



                     Azama berjaya memenangi acara larian. Ketika
                     majlis penyampaian hadiah, Azama menangis.
                     Susah payah Azama telah berbaloi.

                           Andaikan anda ialah Anis, nyatakan perasaan
                           anda berhubung dengan pengorbanan Azama
                           dan berikan sebab-sebab anda berperasaan
                           sedemikian.



                    202             4.3.2
                    202
                    202
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221