Page 221 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 221

Membaca

                                           Parlimen Lambang Demokrasi




                                                          AKTIVITI
                        1.  Baca petikan dan nyatakan maksud ungkapan yang berwarna merah.
                        2.  Bincangkan sistem pentadbiran negara berdasarkan carta.

                  Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi kerajaan yang mencerminkan             T
                  aspirasi rakyat. Pemimpin umpama pohon, rakyat ibarat akar, kuat lilit kerana                 E
                  simpulnya. Parlimen Malaysia merupakan badan penggubal undang-undang tertinggi negara         M
                  yang terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan          A
                  Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.                                                        18
                      Rentetan  daripada  pilihan  raya  umum  yang  pertama  selepas  negara  mencapai
                  kemerdekaan ialah Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah
                  Melayu yang diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala
                  Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya
                  bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman.
                      Aturan urusan mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Dipertua bagi kedua-dua
                  dewan tersebut. Pemilihan ini diikuti oleh majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38
                  orang Ahli Dewan Negara dan 104 orang Ahli Dewan Rakyat. Pada 16 September 1963,
                  Malaysia telah terbentuk. Berikutan daripada itu, nama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
                  telah bertukar kepada Parlimen Malaysia. Tarikh tersebut juga mengukir sejarah penting
                  apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan Parlimen yang tersergam indah.

                                                             (Sumber: Diubah suai daripada www.parlimen.gov.my)


                                                  YANG DI-PERTUAN AGONG




                                 EKSEKUTIF              PERUNDANGAN                KEHAKIMAN


                              PERDANA MENTERI              PARLIMEN           KETUA HAKIM NEGARA
                              JEMAAH MENTERI/
                                  KABINET

                                                        DEWAN NEGARA
                               KEMENTERIAN              DEWAN RAKYAT               MAHKAMAH



                                 JABATAN              RAKYAT (PENGUNDI)

                                                   Fungsi Utama Kerajaan

                                                                                                    207
                         2.4.1                                                                      207
   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226