Page 236 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 236

TEMA 14: WADAH ILMU
                     Aktiviti: – muka surat 164


                     1.  Terangkan maksud kosa kata dan ungkapan menarik yang terdapat dalam cerpen
                     tersentak             –    terjaga atau tersedar dengan tiba-tiba
                     senior                –    lebih tua dari segi usia
                     teruja                –    timbul minat atau keinginan yang kuat terhadap sesuatu; naik semangat
                     kekok                 –    berasa canggung atau kaku melakukan sesuatu (kerana belum biasa)
                     tersenyum kelat       –    senyum yang dibuat-buat (bukan gembira)
                     lubuk hati            –    dalam hati, batin
                     berbelah bahagi       –    tidak tetap atau teguh (pendirian, perasaan, dan sebagainya)
                     pembakar semangat     –    menyemarakkan sesuatu perasaan
                     berbunga mekar        –    perasaan yakin akan sesuatu (impian atau hasrat menjadi kenyataan)
                     segulung kejayaan     –    mencapai cita-cita
                     bisik hati            –    berkata-kata di dalam hati (monolog dalaman) yang tidak dapat didengari
                                                oleh orang lain


                     2.  Maksud frasa “Di sini pemimpin dilahirkan” ialah tempat untuk belajar atau menuntut ilmu atau
                         menerima pelajaran yang menjadi asas kepada kejayaan hidup seseorang (menjadi ketua negara,
                         organisasi, dan sebagainya).


                     3.  Ibu mahu Sanom belajar di sekolah berasrama supaya Sanom dapat menuntut ilmu dalam suasana
                         yang selesa, dengan kemudahan prasarana yang lengkap





                     TEMA 15: BAHASA DAN SASTERA

                     Aktiviti:  Analisis dan edit kesalahan ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang terdapat dalam
                              bahan – muka surat 178

                      Bil.                  Salah                                   Betul
                       1.     prodak                                  produk
                       2.     disalah gunakan                         disalahgunakan
                       3.     tehadap                                 terhadap
                       4.     Perabut Maju Jaya                       Perabot Maju Jaya
                       5.     Pak Kalil Nasi Kandar                   Nasi Kandar Pak Kalil
                       6.    Azura Restoran                           Restoran Azura
                       7.    lain-lain bahasa                        bahasa-bahasa lain

                       8.    penutor                                  penutur
                       9.    tata bahasa                              tatabahasa
                      10.    Siapa yang perlu dipersalahkan?          Siapakah yang perlu dipersalahkan?
                      11.    ayat susunan                             susunan ayat
                      12.    tanggung jawab                           tanggungjawab


                    222
   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241