Page 238 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 238
Tema 17: INTEGRITI
Aktiviti: Analisis dan betulkan kesalahan ayat dalam teks – muka surat 198
Salah Betul
1. Keluarga harmoni ialah idaman semua pihak-pihak. Keluarga harmoni ialah idaman semua pihak.
2. Kasih sayang yang sangat utuh sekali antara anggota Kasih sayang yang sangat utuh / utuh sekali antara anggota
keluarga mewujudkan ikatan yang kukuh antara ibu, keluarga mewujudkan ikatan yang kukuh antara ibu bapa
bapa, dan anak-anak. dengan anak-anak.
3. Ibu bapa sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan Ibu bapa sentiasa berusaha memenuhi keperluan setiap
setiap anak-anak. anak.
4. Anak-anak hormat ibu bapa. Anak-anak menghormati ibu bapa.
5. Selain daripada itu, kesempurnaan didikan agama juga Selain itu, kesempurnaan didikan agama juga mampu
mampu mewujudkan keluarga harmoni. mewujudkan keluarga harmoni.
6. Anak-anak juga saling hormat-menghormati hak Anak-anak juga saling menghormati/ hormat-menghormati
masing-masing. hak masing-masing.
7. Selanjutnya, komunikasi yang berkesan antara anak-anak dan Selanjutnya, komunikasi yang berkesan antara anak
ibu bapa melahirkan keluarga harmoni. dengan ibu bapa melahirkan keluarga harmoni.
8. Perbincangan merangkumi lain-lain hal. Perbincangan merangkumi hal-hal lain.
9. Masalah akan sukar untuk diselesaikan jika kedua pihak Masalah akan sukar untuk diselesaikan jika kedua-dua
tidak berterus terang. pihak tidak berterus terang.
10. Setiap individu mestilah memainkan peranan masing-masing Setiap individu mestilah memainkan peranan untuk
untuk mewujudkan keluarga yang harmoni. mewujudkan keluarga yang harmoni.
Tema 18: PENTADBIRAN DAN POLITIK
Aktiviti: Nyatakan maksud ungkapan – muka surat 207
Bil. Soalan Jawapan
1. Pemimpin umpama pohon Pemimpin ibarat tempat rakyat berteduh dan dapat
memberikan kebaikan kepada rakyat.
2. Rakyat ibarat akar Rakyat ialah penyokong atau tonggak kepada
kejayaan sesebuah kepimpinan atau sesebuah
organisasi.
3. Kuat lilit kerana simpulnya Kekuatan sesebuah organisasi terletak pada
perpaduan para anggotanya.
4. Julung-julung kalinya Buat pertama kalinya.
5. Mengukir sejarah Membentuk sesuatu sejarah yang berkaitan
dengan sesuatu perkara.
6. Tersergam indah Kelihatan tinggi dan besar serta cantik dipandang
mata.
224

