Page 89 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 89

Membaca


                                           Amalan Hijau


                                              Teknologi hijau merupakan teknologi
                             AKTIVITI         yang mesra alam. Teknologi ini merujuk pembangunan dan
                        Baca dan fahami teks   aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam
                        yang diberikan. Kenal   sekitar dan alam semula jadi. Kesan negatif daripada aktiviti
                        pasti idea utama dan   manusia dapat dikurangkan dengan menggunakan teknologi           T
                        idea sampingan.       hijau. Terdapat beberapa tujuan pelaksanaan teknologi hijau       E
                                              di negara ini.                                                    M
                      Kepesatan pembangunan di negara ini menuntut penggunaan tenaga elektrik yang              A
                  tinggi. Pelaksanaan teknologi hijau ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga kuasa,           7
                  sekali gus meningkatkan pembangunan ekonomi. Penggunaan alat elektrik cekap tenaga,
                  penggunaan kenderaan awam atau bahan api alternatif, dan penjimatan penggunaan air
                  merupakan antara contohnya.
                      Selain itu, negara dapat meningkatkan keupayaan inovasi dalam pembangunan teknologi
                  hijau. Hal ini dapat dilihat dengan adanya penganjuran pelbagai ekspo ciptaan sains yang
                  berkaitan dengan teknologi hijau yang diadakan sepanjang tahun. Di samping itu, kita dapat
                  memulihara alam sekitar, mendidik, dan memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan
                  teknologi hijau. Hal ini disebabkan amalan hijau bukan suatu kebiasaan. Oleh itu, kita perlu
                  mengubah minda bagi memastikan kehidupan yang kita nikmati hari ini berkekalan.
                      Demi kelestarian alam sekitar, semua pihak perlu berganding bahu membudayakan
                  amalan hijau dalam kehidupan sehari-hari. Tanpa kerjasama dan tanggungjawab semua,
                  pasti suatu masa nanti hasrat ini tidak akan menjadi kenyataan.




                   Kriteria teknologi hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
                   •  Meminimumkan degradasi kualiti persekitaran serta menjimatkan tenaga dan sumber asli.
                   •  Mempunyai pembebasan gas rumah hijau (greenhouse gas – GHG) yang rendah atau sifar.
                   •  Selamat digunakan serta menyediakan persekitaran yang sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.


                             TEROKA MINDA                                PERKASA ILMU
                         1. Jelaskan kelebihan aktiviti
                            amalan hijau ini jika     Idea utama ialah tema dalam sesebuah cerita. Terdapat  hanya satu
                            dipraktikkan di sekolah   idea utama dalam sebuah cerita.
                            mahupun di rumah.           Teknologi hijau dapat meminimumkan atau mengurangkan kesan
                         2. Huraikan kesan yang       negatif daripada aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka,
                            mungkin berlaku jika      pelepasan gas yang berbahaya daripada asap kilang dan kenderaan,
                            amalan hijau ini tidak    dan lain-lain.
                            dipraktikkan.



                                                                                                     75
                         2.3.1                                                                       75
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94