Page 93 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 93

Unit         14 Selamatkan Bumi Kita






                          Mendengar dan Bertutur




                                   AKTIVITI
                        Huraikan beberapa kaedah pemuliharaan
                        alam sekitar.                                                                           T
                                                                                                                E
                                                                                                                M
                                                                                                                A
                    Indah Segar Kehidupan

                    Terasa suramnya alam                                                                        7
                    Dunia kian terancam
                    Langit tinggi kesedihan
                    Pohon-pohon kekeringan
                    Jerebu tebal yang menyesakkan.


                    Tiada di sana sini
                    Beburung lagi bernyanyi
                    Bebunga hilang ceria
                    Tiada kedamaian jiwa
                    Mengingkari nikmat Maha Esa.


                    Begitu bernilai alam maya ini                    Berdasarkan bahan yang diberikan,
                    Bagi manusia yang tahu mengasihi                 bincangkan beberapa kesan sekiranya
                    Usahlah terdorong oleh ketamakan                 alam sekitar tidak dipulihara.
                    Kalau ikutkan hati pudarlah masa depan.

                                                                            PERKASA ILMU
                    Tiada yang terkecuali marilah kita atasi
                    Alam yang makin terancam                Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, pencemaran
                    Dunia yang makin kelam                  ialah sebarang perubahan sifat fizik, kimia, biologi,
                    Atasinya dengan ketakwaan.              atau  aras  sinaran  mana-mana  bahagian  alam
                                                            sekeliling sama ada secara langsung atau tidak
                    Hanyalah buat ingatan                   langsung, dengan melepaskan, mengeluarkan atau
                    Untukmu insan tersayang                 meletakkan bahan buangan secara terbuka hingga
                    Indah segar kehidupan                   menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang
                    Kita yang menentukan                    boleh menimbulkan suatu keadaan berbahaya kepada
                    Hidup ini usah dikorbankan.             kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam, flora
                                                            dan fauna serta organisma lain.
                             (Nyanyikan lagu ini mengikut irama lagu               (Sumber: www.doe.gov.my)
                           Hitam Putih Kehidupan nyanyian Sheila Majid)


                         1.7.1                                                                       79
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98