Page 103 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 103

Melangkah Bergaya dengan Capal





                              1.  Berbincang tentang bahan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi
                                 dalam industri pembuatan capal dan cadangkan cara-cara mengatasinya.
                              2.  Persembahkan maklumat dalam bahan dan maklumat yang dibincangkan
                                 secara kreatif.                                                                  TEMA 7  TEMA 7

                     Capal ialah alas kaki masyarakat Melayu tradisi yang masih mendapat tempat hingga hari ini.
                     Kini, capal kulit buatan tangan dipakai pada majlis keramaian ataupun pada hari perayaan. Proses
                     pembuatan capal masih diwarisi secara turun-temurun sehingga hari ini.

                                                   Melukis bentuk tapak asas
                                              1
                                                   capal di atas permukaan
                                                   kulit dan memotongnya.                                         Indah Seni Gah Budaya Indah Seni Gah Budaya


                                                   Menghias tapak asas capal     2
                                                   dan menebuk lubang untuk
                                                   memasukkan bahagian atas
                                                   capal.

                                              3    Menjahit muka capal
                                                   dengan menggunakan
                                                   mesin jahit khas.

                                                   Memasukkan muka capal,        4
                                                   kemudian melekatkan
                                                   lapisan getah yang pertama
                                                   untuk dijahit.

                                              5    Mencantumkan permukaan
                                                   asas capal dengan lapisan
                                                   getah yang pertama dengan
                                                   jahitan tangan.

                                                   Memasang tapak dan            6
                                                   tumit serta mengetuk dan
                                                   mengemaskan permukaan
                                                   asas capal.

                                              7    Capal siap untuk digayakan.










                                                                                                          91
                                                                                                          91
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108