Page 98 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 98

Enaknya Burasak


                                                                                               IMBAS SAYA

                           1.  Sediakan peta pemikiran yang mengandungi maklumat yang sudah diketahui, yang
                               hendak diketahui, yang  telah dipelajari, serta maklumat tambahan yang diperlukan.
             TEMA 7  TEMA 7  2.  Baca kedua-dua maklumat dengan menggunakan teknik bacaan KWLH.  Kemudian,
                               Isi maklumat yang telah anda ketahui tentang burasak.


                               lengkapkan peta pemikiran tersebut dengan maklumat yang berkaitan.
                           3.  Rujuk bahan bacaan lain untuk mendapatkan maklumat tambahan.


                   Setiap kali menjelang hari raya, burasak akan menjadi hidangan yang paling saya dan keluarga,
             Indah Seni Gah Budaya Indah Seni Gah Budaya  nanti-nantikan. Hal ini dikatakan demikian kerana juadah ini hanya dapat dinikmati tatkala berhari raya
                   di kampung ayah saya di Pontian, Johor. Pada pagi hari raya, burasak menjadi hidangan tradisional
                   yang popular dalam kalangan etnik Bugis. Burasak ini akan dimasak secara bergotong-royong
                   sebelum menjelang hari raya.
                      Saat yang paling meriah yang saya rasakan ialah ketika pembungkusan burasak. Ayah saya
                   dan adik-beradiknya akan berbual-bual tentang perkembangan diri masing-masing sambil bergurau
                   senda tentang kisah lama yang melucukan. Saya dan ahli keluarga yang lain turut terhibur mendengar
                   celoteh mereka. Sedar tidak sedar, nasi telah siap diikat dan direbus.
                      Tidak sabar rasanya hendak merasai kelazatan burasak yang sangat enak dimakan panas-panas
                   bersama-sama  dengan asam pedas ikan parang, serondeng udang kering, bejabok,  nasu metti,
                   dan lepat lueh. Walaupun begitu lama menunggu burasak masak, namun penantian itulah yang
                   mengeratkan ikatan kekeluargaan dalam kalangan anak cucu dan ipar-duai keluarga Haji Yusof dan
                   Hajah Mariam, iaitu datuk dan nenek saya. Apabila difikirkan semula, keakraban dan kemesraan
                   itulah  yang  menjadi  perencah  istimewa  hingga  menjadikan  kami  sekeluarga ternanti-nanti  saat
                   menjelangnya hari raya.


                       Dialog Dua Generasi

                   Izzah:  Bagaimanakah cara memasak burasak, nenek?
                   Nenek:  Oh, senang sahaja memasaknya, Izzah! Mula-mula,
                          sediakan bahan-bahannya, iaitu beras wangi, santan,
                          daun pandan, garam, dan daun pisang nipah yang
                          paling muda yang telah dilayur.                           Langkah meneroka maklumat
                   Izzah:  Selepas itu, apakah yang perlu dibuat?                   adalah seperti yang berikut:
                   Nenek: Cuci beras wangi seperti biasa dan airnya dituskan.       1. Senaraikan maklumat yang
                          Kemudian, panaskan santan berserta daun pandan.                 telah diketahui.
                          Setelah mendidih, masukkan beras dan kacau rata           2. Tentukan maklumat yang
                          hingga santan pekat. Setelah nasi separuh masak,                ingin diketahui.
                          masukkan garam, kacau, kemudian angkat.                   3. Baca secara pantas untuk
                   Izzah:  Setelah nasi sejuk, bungkus dengan daun pisang dan             memilih bahan bacaan
                          rebus selama dua atau tiga jam. Betul tidak, nenek?             yang tepat.
                                                                                    4. Baca bahan yang dipilih secara
                   Nenek: Ya, betul. Pandai pun, cucu nenek.                              intensif menggunakan teknik
                                                                                          yang sesuai.

                        2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.
                 86
                 86
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103