Page 112 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 112
Komuniti Prihatin
1. Baca perenggan isi taklimat dan maklumat tentang kepolisan masyarakat secara
luncuran. Kemudian, nyatakan maksud keseluruhan bahan.
TEMA 8 TEMA 8 2. Jelaskan ciri-ciri komuniti prihatin. Gunakan pengurusan grafik
yang sesuai untuk membuat penjelasan.
Yang Dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia, Encik Azlan bin Osman, Pengerusi
Utamakan Keselamatan Utamakan Keselamatan sudi mengundang saya ke majlis ini. Pada kesempatan ini, saya akan menyampaikan taklimat
Persatuan Penduduk Taman Sejahtera, barisan ahli jawatankuasa persatuan, rakan-rakan setugas,
tuan-tuan, dan puan-puan yang saya kasihi. Selamat sejahtera dan salam perpaduan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana
tentang kepolisan masyarakat.
Hadirin yang saya hormati,
Kepolisan masyarakat sangat penting kerana persatuan ini amat berkesan dalam usaha
mengurangkan kadar jenayah. Melalui persatuan ini, anggota masyarakat berperanan sebagai mata
dan telinga pihak polis. Oleh itu, segala maklumat berkaitan dengan aktiviti jenayah di kawasan
persekitaran dapat disalurkan kepada pihak polis dengan cepat dan berkesan.
Keterlibatan anggota masyarakat dalam usaha menangani jenayah amatlah diharapkan. Kerjasama
ini penting kerana bukan sahaja dapat meringankan bebanan pihak polis bahkan juga dapat
meningkatkan mutu perkhidmatan kepolisan yang sedia ada. Tanpa kerjasama daripada masyarakat,
amat sukar bagi pihak polis untuk membendung kegiatan jenayah. Sikap bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing tidak seharusnya diamalkan jika kita mahu mewujudkan komuniti
yang selamat.
Kepolisan Masyarakat Misi
“Ke Arah Keselamatan Komuniti” √ Memberikan kesedaran tentang keperluan
tanggungjawab bersama antara masyarakat
Kepolisan Masyarakat merupakan satu usaha dengan polis bagi mengurangkan serta
kerjasama antara polis dengan orang awam menidakkan peluang untuk jenayah berlaku.
dalam usaha membanteras jenayah dengan √ Mendengar dan menyelesaikan aduan orang
lebih berkesan. ramai terhadap polis.
√ Menggalakkan dan membina jalinan yang jujur
dan sihat antara polis dengan masyarakat.
Visi √ Memberikan kesedaran pencegahan jenayah
Untuk mewujudkan dan melahirkan kefahaman, kepada masyarakat awam melalui program
kepercayaan dan tanggungjawab dua hala pencegahan kemasyarakatan.
antara polis dengan masyarakat dalam usaha (Sumber: Diubah suai daripada laman sesawang
pencegahan jenayah dalam komuniti tempatan www.cops.org.my)
menerusi pendekatan yang efektif.
2.2.3 Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami dan meneroka maksud keseluruhan
100 daripada pelbagai bahan.
100

