Page 113 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 113
Perangi Jenayah Ragut
TEMA 8 TEMA 8
Berdasarkan bahan, tulis rumusan dengan menggunakan ayat yang gramatis.
Ragut atau tindakan merampas harta benda milik orang lain seperti beg tangan, rantai emas, dan
telefon bimbit merupakan suatu jenayah. Jenayah ini perlu dipandang serius kerana akibatnya
bukan sahaja melibatkan kerugian dan kecederaan bahkan juga kematian.
Faktor desakan hidup sering dikaitkan sebagai punca berlakunya masalah ini. Jenayah ini sering
dilakukan oleh golongan muda, khususnya penganggur serta penagih dadah yang terdesak untuk
mendapatkan wang. Selain itu, faktor kelekaan dan ketidakpekaan masyarakat tentang jenayah
jalanan turut menjadi punca jenayah ini. Perbuatan mempamerkan barang perhiasan seperti barang Utamakan Keselamatan Utamakan Keselamatan
kemas, beg tangan, dan telefon bimbit boleh mengundang padah, terutamanya di tempat-tempat
yang sering menjadi sasaran peragut.
Lazimnya, peragut menyasarkan golongan wanita, warga emas, dan kanak-kanak. Walau
bagaimanapun, gejala ragut secara umumnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Oleh hal yang
demikian, orang ramai perlu berhati-hati ketika berada di tempat-tempat yang berkemungkinan
menjadi sasaran peragut. Kesedaran tentang jenayah ragut ini penting demi menjaga keselamatan
kita di tempat awam.
Cara Mencegah Jenayah Ragut
x
x
3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat
101
yang gramatis. 101

