Page 141 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 141
Kelab Pelancongan Sekolah
Analisis kesalahan bahasa yang terdapat dalam bahan, tandakannya dengan menggunakan
simbol yang sesuai, dan kategorikan kesalahannya. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut. TEMA 10 TEMA 10
KELAB PELANCONGAN SEKOLAH
Selaku Pengerusi, Kelab Pelancongan Sekolah, Muhammad Nor Hilmi bin Norsalihin telah
diminta untuk mewara-warakan aktiviti kelab kepada murid-murid semasa perhimpunan
sekolah. Sebagai persediaan, Nor Hilmi telah menyenaraikan maklumat-maklumat penting
aktiviti dalam bentuk catatan ringkas. Selamat Datang ke Malaysia Selamat Datang ke Malaysia
Aktiviti Kuiz Pelancongan
• Akan diadakan semasa cuti pertengahan penggal
• Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid
• Menyeru kepada murid agar tidak melepaskan peluang untuk
Hilmi
turut serta
• Di peringkat daerah peserta-pesertanya hebat-hebat
• Perlu mengetahui tentang isu semasa
• Hadiah wang tunai yang paling lumayan sekali disediakan
• Menasihatkan mereka-mereka yang ingin turut serta agar
membuat persiapan yang rapi
Program Ekopelancongan
• Destinasinya adalah Taman Negara Bako, Sarawak
• Terbuka kepada 30 ahli-ahli kelab sahaja
• Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah disusun
• Menerokai keindahan flora dan fauna selama satu setengah jam
• Menyaksikan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan
• Menyaksikan monyet-monyet Belanda yang berhidung
panjang berkeliaran dan bergayutan
• Program dapat menambahkan ilmu dan memperkayakan
pengalaman
Cari maklumat tentang
tempat-tempat pelancongan
yang ingin anda kunjungi.
5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.
129129

