Page 154 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 154

Baktimu Terpahat di Hati




                              1.   Baca dan analisis petikan untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan
                                 dalam petikan tersebut.
             TEMA 11          2.   Ringkaskan petikan tersebut.
                              3.   Dengan merujuk pelbagai bahan, hasilkan karangan biografi tokoh yang lain.


                                              Sebut sahaja tentang Bapa Perpaduan, nama negarawan yang
                                              tidak asing lagi akan terpacul, iaitu Allahyarham Tun Hussein bin
                                              Dato’ Onn. Negarawan ini ialah Perdana Menteri Malaysia yang
             Perpaduan                        ketiga. Beliau memegang  teraju utama pentadbiran  di negara ini

                                              bermula pada 15 Januari 1976 sehingga 16 Julai 1981.
                                                 Tun Hussein bin Dato’ Onn telah dilahirkan di Johor Bahru pada
                                              12 Februari 1922. Beliau merupakan anak sulung kepada Dato’ Onn
                                              bin Jaafar dan Datin Halimah binti Hussein. Bapa beliau, Dato’ Onn
                                              bin Jaafar, merupakan presiden UMNO yang pertama.
                                                 Perkahwinan  beliau  dengan  Tun Suhailah  binti  Tan  Sri
                                              Mohammad Noah telah dikurniai enam orang cahaya mata. Seorang
                                              daripada  anak beliau  yang meneruskan legasi politiknya  ialah
                   Tun Hussein bin Dato’ Onn  Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein.
                                                 Sebagai  negarawan  ulung,  beliau  amat  menekankan  aspek
                   perpaduan. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau sedar bahawa jalinan perpaduan kaum dalam
                   kalangan  rakyat  merupakan  pemangkin  kemajuan  negara  dalam  pelbagai  bidang.  Nilai  saling
                   menghormati, toleransi, dan kebersamaan yang tinggi dalam kalangan rakyat akan menyatupadukan
                   rakyat Malaysia.
                      Rakyat yang bersatu padu akan menjadi teras keharmonian yang berterusan dalam kehidupan
                   masyarakat berbilang kaum di negara ini. Rakyat yang bersatu padu tidak mudah goyah jika ada
                   anasir-anasir luar yang cuba menggugat keamanan di negara yang berdaulat ini. Atas kesedaran
                   inilah, beliau amat menitikberatkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat.
                      Peribahasa  Melayu ada menyebut,  harimau  mati  meninggalkan  belang,  manusia  mati
                   meninggalkan  nama.  Walaupun  beliau  telah  lama  meninggalkan  kita,  namun  jasa  bakti  beliau
                   tidak pernah dilupakan. Nama beliau diabadikan pada jalan, bandar, institusi, bangunan, dan
                   lain-lain. Antaranya  termasuklah  Bandar  Tun Hussein Onn, Hospital  Mata  Tun Hussein Onn,
                   Universiti Tun Hussein Onn, dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.


                                                                                     Dengan merujuk pelbagai
                                                                                     sumber maklumat, cari
                                                                                     maklumat tentang pemimpin
                                                                                     negara yang lain.









                 142
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159