Page 159 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 159

Laksamana Bestari






                                                                                                                  TEMA 12
                               Persembahkan petikan prosa tradisional secara kreatif.





                                                                     Maka laksamana pun menyembah seraya
                                                                     turun, lalu disingsing kakinya dan diasaknya
                                                                     kerisnya ke hadapan. Maka laksamana pun
                                                                     berjalanlah mendapatkan kuda itu. Maka
                                                                     dipegangnya tali kekang kuda itu.            Negaraku Jati Diriku
                                                                       Maka kata laksamana pada gembala
                                                                     kuda itu perlahan-lahan, “Hai, gembala
                                                                     kuda, ajarlah syarat naik kuda tezi itu
                                                                     dan segala syaratnya.” Setelah sudah
                                                                     diajarnya, maka laksamana pun melompat
                                                                     naik ke atas belakang kuda itu, serta
                                                                     dipecutnya oleh laksamana. Apabila kuda
                                                                     itu merasai di atas belakangnya itu, maka
                                                                     kuda itu melompat seperti kilat seperti
                                                                     tidak berjijak di bumi lakunya.
                                                                       Maka  dipecut  oleh  laksamana
                                                                     di hadapan balairung itu berkeliling. Maka
                                                                     baju laksamana pun habis carik-carik,
                                                                     berkeping-keping berterbangan.
                                                                       Maka  laksamana  pun  ingat  akan
                                                                     pengajar gurunya gembala kuda itu. Maka
                    laksamana pun segera menundukkan kepalanya dilindungkan di balik telinga kuda itu.
                    Hatta dua tiga kali dipecutnya berkeliling pada balairung itu, maka oleh laksamana ditariknya
                    tali kekang; kuda itu pun terdiri. Maka laksamana pun segera terjun di atas kuda itu lalu sujud
                    di bumi. Sudah itu maka laksamana pun naik duduk pada tempatnya.
                       Maka titah Kisna Rayan, “Hai laksamana, sungguhlah engkau hulubalang besar maka engkau
                    dapat naik kuda ini; kerana dalam hulubalangku yang banyak berpuluh-puluh keti ini, seorang pun
                    tiada bercakap menaiki dia.” Maka sembah laksamana, “Daulat Tuanku Syah Alam, dalam itu pun
                    dengan daulat Syah Alam maka dapat patik naik kuda ini.”
                    Maka Kisna Rayan pun memberi persalin akan laksamana             Anda boleh mempersembahkan
                    emas dan perak berpuluh-puluh kati.                              prosa tradisional dengan
                                                                                     pelbagai cara, antaranya
                              (Sumber: Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah,           termasuklah lakonan, jalur
                                      hlm. 427, 1993. Dewan Bahasa dan Pustaka)      komik, kerusi panas, dan
                                                                                     teater pembaca.


                         4.4.1 Mempersembahkan karya prosa secara kreatif.
                                                                                                         147
   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164