Page 162 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 162

Hidup Saling Memahami




                                                                                               IMBAS SAYA

             TEMA 12        1.  Baca teks dan terangkan makna rangkai kata yang berwarna biru.


                            2.  Masyarakat Malaysia hidup aman harmoni. Jelaskan usaha-usaha untuk
                                mengekalkan keadaan ini.


                          “Eh, kamu datang seorang saja, Kim      Sehelai  demi  sehelai  halaman
             Negaraku Jati Diriku  kata-kata itu dari mulut Najmi sewaktu  Gembiranya  Kim  Ong  apabila
                          Ong!  Mana  Segaraja?”  terpacul  majalah  diselak  oleh  Kim  Ong.

                          menyambut  kedatangan  rakannya  itu  terjumpa artikel tentang keharmonian
                          di muka pintu. Setelah bersalaman, Kim  masyarakat  Malaysia. Artikel  itu
                          Ong dipersilakan masuk.
                                                               dibacanya dengan teliti. Dia  mencatat
                             “Segaraja  tidak  dapat  datang.  Dia  fakta-fakta penting untuk dijadikan isi
                          mengikut  ibu  bapanya  pergi  ke  kuil.  teks pidatonya.
                          Ada upacara keagamaan, katanya,” jelas   Sedang Kim Ong dan Najmi ralit
                          Kim Ong. Langkahnya dihayun kemas  menelaah  bahan  bacaan  tersebut,
                          menuju  ke  ruang  tamu  rumah  banglo  tiba-tiba laungan azan berkumandang
                          setingkat itu.                       menandakan masuknya waktu solat
                             “Sunyi  sepi  sahaja  rumah  kamu,  Asar. Najmi menyuarakan hajatnya
                          Najmi.  Ibu  bapa  kamu  mana?”  tanya  untuk mendirikan solat. Kim Ong akur.
                          Kim  Ong.  Pandangannya  melilau  ke  Dia faham benar akan tanggungjawab
                          sekeliling. Lehernya dipanjangkan.   Najmi sebagai Muslim.
                             “Ibu dan bapa saya ke masjid. Hari
                          ini ada kursus haji. Kalau tiada aral              Hidup Harmoni
                          melintang dan diizinkan Allah, mereka   Malaysia  ialah  negara  yang  penduduknya
                          akan menunaikan haji tahun ini,” kata   menganuti pelbagai agama. Terdapat penganut
                          Najmi lalu menghidangkan minuman     agama  Islam,  Buddha,  Hindu,  Kristian  dan
                          dan buah-buahan.                     sebagainya di Malaysia.
                             “Minumlah dulu, Kim Ong. Selepas     Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan
                          minum, barulah kita bekerja,” kata   menyatakan bahawa Islam ialah agama
                          Najmi.  Bibirnya  menguntumkan       Persekutuan. Namun begitu, agama-agama
                          senyuman sambil matanya mengerling   lain boleh diamalkan di Malaysia. Hal ini
                          ke arah timbunan buku dan majalah    bermakna bahawa walaupun kedudukan
                          di atas meja.                        agama Islam itu istimewa, Perlembagaan
                             Setelah selesai berbual, Najmi dan   tidak menafikan hak penganut-penganut
                          Kim  Ong  pun  mula  menjalankan     agama lain.
                          operasi mereka. Mereka mencari bahan    Rakyat negara ini begitu menghormati
                          yang sesuai bagi menyiapkan teks     agama, budaya dan amalan keagamaan
                          pidato yang bertajuk, “Kepentingan   pelbagai bangsa. Sikap saling memahami
                          Menghayati Rukun Negara”.            sudah terasuh dalam jiwa rakyat Malaysia
                                                               sejak bertahun-tahun lamanya.
                        2.2.1 Membaca untuk memahami makna rangkai kata yang terdapat dalam pelbagai bahan
                 150        menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat.
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167