Page 177 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 177

Usah Berhutang




                                 1.  Baca petikan dengan telitinya.
                                 2.  Analisis kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam bahan.
                                 3.  Betulkan ayat yang mempunyai kesalahan kata dan frasa tersebut.              TEMA 13


                      Ameer:  Helo, Danish. Bolehlah saya bercakap dengan awak sebentar?
                       Danish:  Boleh, Ameer. Adakah apa yang boleh saya bantu?
                      Ameer:  Saya hendak pergi ke kelas tambahan tetapi saya kesempitan wang. Saya pun hairan.
                              Sejak dari dahulu lagi saya menabung wang tetapi tidak pernah cukup dibelanjakan oleh
                             saya. Kalau boleh, saya ingin pinjam wang daripada awak.
                       Danish:  Eh, sepatutnya jika menabung wang dapatlah kita gunakan pada masa yang sukar!
                      Ameer:  Saya gunakan wang tabungan saya untuk membeli beberapa barang-barang keperluan
                             sahaja.
                       Danish:  Maaflah Ameer. Saya rasa awak menghadapi masalah oleh kerana awak berbelanja
                             lebih banyak daripada tabungan. Setahu saya, awak baru sahaja membeli telefon pintar
                             yang canggih. Tentu harganya sangat mahal benar. Dari mana awak dapat duit, Ameer?   Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
                      Ameer:  Saya gunakan wang tabung dan duit raya yang saya peroleh di tahun ini.
                       Danish:  Bukankah telefon lama awak masih elok? Mengapakah awak membeli telefon baru?
                       Ameer:  Saya ingin mengikut perkembangan dari semasa ke masa. Saya tidak mahu dianggap
                             ketinggalan zaman oleh kawan-kawan.
                       Danish:  Saya rasa, awak berbelanja mengikut kehendak, dan bukan mengikut keperluan.
                             Sepatutnya, wang tabungan awak digunakan bagi tujuan kecemasan, membantu orang
                             lain, pendidikan, dan lain-lain tujuan yang lebih bermanfaat. Jika awak menggunakan
                             wang tersebut demi untuk memenuhi keinginan awak, tentulah wang tersebut tidak
                             akan cukup.
                                  Ameer:  Jadi, mahukah awak meminjamkan wang kepada saya?
                                  Danish: Jika saya pinjamkan wang pada awak, tindakan
                                          saya tidak akan menyelesai masalah awak.
                                          Ini kerana beban hutang awak akan bertambah nanti.
                                          Jadi, langkah ini bukanlah penyelesaian.
                                          Saya minta maaf. Awak patut mencari penyelesaian
                                          lain yang lebih bijak.


















                             5.6.1  Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.
                                                                                                         165
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182