Page 179 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 179

B.  Berdasarkan bahan, tulis karangan tentang program inap desa.
                       Panjang karangan anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan.



                                                                                                                  TEMA 13












                    Menghargai kreativiti                        Mengapresiasi seni












                    Belajar daripada pengalaman   Menghayati cara hidup tradisi   Hormati yang tua, sayangi yang muda                                                                                                                      Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

                    C. Analisis pilihan jawapan bagi kesalahan ejaan dan nahu dalam bahan.
                       Kemudian, tandakan jawapan yang betul.

                                       Antara Norma, Peraturan, dan Undang-undang
                    Hidup sebagai ahli masyarakat di dalam sebuah negara yang berdaulat memang tidak lepas daripada
                    norma, peraturan, dan undang-undang. Norma adalah/ialah amalan yang menjadi kebiasaan
                    dan diterima oleh komuniti. Ahli komuniti yang mengabaikan norma akan dicop/dicap sebagai
                    bukan /tidak beradab. Peraturan pula merupakan ketetapan yang disetujui/dipersetujui bersama
                    bagi mengawal tindakan dan kelakuan ahli masyarakat. Undang-undang pula merujuk kepada
                    peraturan yang digubal secara resmi/rasmi oleh pihak berkuasa untuk mengawal kelakuan dan
                    tindak tanduk/tindak-tanduk anggota masyarakat sebuah/sesebuah negara. Pengabaian peraturan
                    dan undang-undang akan mengganggu/menganggu ketenteraman ahli masyarakat dan pesalah akan
                    dikenakan tindakan yang sesuai dengan/terhadap kesalahan yang dilakukan.
                       Norma, peraturan, dan undang-undang adalah diperlukan/diperlukan kerana setiap manusia
                    berbeza-beza/berbeza. Namun, pembezaan/perbezaan ini jika  tidak/bukan ditangani
                    dengan bijaksana, sudah pasti akan mengundang penggeseran/pergeseran, pergaduhan,
                    perpecahan/pemecahan, malahan peperangan. Oleh itu, norma, peraturan, dan undang-undang
                    amat diperlukan sebagai wadah yang  menyatupadukan/menyatu-padukan manusia.
                    Keujudannya/Kewujudannya membentuk kesepakatan di antara/antara satu sama lain, seterusnya
                    melahirkan suasana yang aman, harmoni, hormat menghormati/hormat-menghormati, dan
                    bersatupadu/bersatu padu. Oleh itu, pelajarilah norma komuniti, patuhilah peraturan, dan berpegang
                    teguhlah kepada/pada undang-undang negara, di mana/di mana-mana sahaja kita berada.



                                                                                                         167
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184