Page 22 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 22

Indahnya Bumiku





                             1.  Deklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul.
                             2.  Berbincanglah dengan rakan anda tentang maksud sajak rangkap demi rangkap.
             TEMA 1          3.  Suai padankan persoalan yang berikut dengan bait sajak.

                                 i.  Alam yang subur menjadi habitat flora dan fauna
                                 ii.  Sikap yang mengutamakan kebersihan berkaitan dengan minda
                                  iii.  Keindahan alam yang mengagumkan
                                iv.  Pembangunan yang seimbang

             Kesihatan dan Kebersihan  Mensyukuri Nikmat




                   Terpaku aku
                   melihat indahnya bumiku
                   air sungai jernih mengalir tenang
                   ikan-ikan berenang riang
                   di celahan batu-batuan.

                   Segarnya pohon hijau merimbun
                   menaungi kitaran kehidupan
                   dimeriahkan unggas yang berterbangan
                   riuh berbicara tentang limpahan rezeki
                   di sebalik daunan di dada bumi.

                   Terpukau aku
                   melihat bersih dan indahnya kotaku
                   bangunan mencakar menujah langit
                   dilingkari jalan pelbagai arah
                   warga berhemah, berbudaya, peramah
                   mengimbangi pembangunan
                   lahiriah batiniah.

                   Tatkala kebersihan memenuhi ruang hati
                   keindahan bertakhta di fikiran
                   mengenali Yang Maha Pencipta
                   mensyukuri nikmat dan pemberian-Nya
                   melimpahkan kembali budi
                   membangunkan bumi tercinta
                   biar kekal indah dipandang mata.

                   Zamir Alzima
                   Kuala Lumpur




                        4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud,
                 10         tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul.
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27