Page 17 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 17

Sesegar Kenangan




                                1.  Ceritakan semula kisah ini dengan menggunakan ayat anda sendiri.
                                2.  Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam cerita berserta contohnya.
                                3.  Jika anda dihantar bertugas di kawasan pedalaman, adakah anda akan
                                   menerima tugasan tersebut? Jelaskan sebabnya.                                  TEMA 1


                    Ketika aku terlihat papan tanda Klinik Desa Sungai Baru, jam di tanganku menunjukkan pukul
                    7:45 pagi. Kelihatan beberapa orang wanita bersama anak kecil mereka telah pun tiba. Wah, awal
                    sungguh mereka tiba! Seingatku, pada tahun-tahun awal ditukarkan ke sini, hanya seorang dua
                    pesakit yang datang. Namun kini, hari demi hari, bilangannya semakin ramai.
                       “Selamat pagi, misi,” sapa mereka sambil berdiri dan menganggukkan kepala kepadaku.
                       “Selamat pagi, Ambon. Anaknya sakit lagi?” jawabku sambil membalas senyuman.
                       “Sakitnya  sudah kurang,  misi. Ambon ke sini menemani Indai.” Ambon menyengih sambil      Kesihatan dan Kebersihan
                    matanya melirik ke arah rakan di hadapannya. Ambon datang menghampiriku lalu menghulurkan
                    seikat petai, seikat daun kayu dan seplastik buah-buahan hutan. Sambil melemparkan senyuman
                    mesra, pemberian Ambon aku sambut dengan ucapan terima kasih.
                       Enam tahun dahulu, aku pernah menolak pemberian hasil hutan daripada penduduk kampung.
                    Ketika itu, aku tidak gemar memakan petai, jering, kerdas, asam kelubi, pucuk paku, dan pelbagai
                    lagi hasil hutan. Namun, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
                    Kini, hasil-hasil hutan yang segar dan berkhasiat itulah yang menjadi makanan kegemaranku.
                       Petang itu, sebelum pulang, aku dipanggil oleh rakan setugasku, Junainah.
                       “Sarah, jangan lupa, ya. Pukul 10:00 pagi esok, kita ke Kampung Sungai Baru. Periksa dahulu
                    kenderaan kita itu. Jangan jadi macam  bulan lepas, menjajar  kita masuk ke dalam  semak.”
                    Peristiwa brek basikal tak makan semasa pergi membuat pemeriksaan di Kampung Jong menerjah
                    ingatan. Aku dan Puan Jun ketawa terkekeh-kekeh mengingatkan peristiwa cemas tetapi lucu itu.
                    Sesungguhnya, bertangguh itu pencuri masa. Tanpa berlengah, aku terus ke stor simpanan basikal
                    sebelum menuju ke arah keretaku.
                       Dalam perjalanan balik, aku membayangkan  keadaan  penduduk
                    Kampung Sungai Baru, terutamanya  kanak-kanak dan warga emas             Cari maklumat
                                                                                             yang berkaitan
                    yang semakin sihat dan ceria. Aku tersenyum puas. Jerih perih kami       dengan klinik desa.
                    telah berbayar.












                                                                                            Persoalan ialah idea
                                                                                            sampingan yang ingin
                                                                                            disampaikan melalui
                                                                                            sesebuah karya.


                         4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dari aspek sinopsis, tema, persoalan, nilai dan
                             pengajaran, watak dan perwatakan dengan memberikan respons yang betul dan rasional.  5
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22