Page 242 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 242
Titip Kasih
1. Deklamasikan sajak.
2. Nyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sajak.
TEMA 18 TEMA 18 3. Berdasarkan sajak, nyatakan peranan yang telah dilaksanakan oleh pemimpin
dengan menggunakan ayat tunggal dan pelbagai jenis ayat.
4. Ulaskan maksud tersurat dan tersirat dalam sajak ini.
Setulus Juangmu
Pentadbiran dan Politik Pentadbiran dan Politik kau korbankan seluruh siangmu
Terima kasih tuan
ke utara, selatan, timur dan barat
kau jelajah hingga ke ceruk rimba
demi kebajikan kami
rakyat di bawah pentadbiranmu.
Terima kasih tuan
kau tidak pernah berhenti
mengorbankan seluruh malammu
memikirkan sakit dan sihat
selamat dan selindung
rakyat di bawah kepimpinanmu.
Terima kasih tuan
kau tidak pernah jemu
menumpahkan keringatmu
di sepanjang liku perjalanan
mendahulukan kepentingan kami
rakyat di bawah wilayahmu.
Tuan
sesungguhnya
jasa baktimu kami ingati
kasih sayangmu kami hargai
tulus juangmu kami sanjung tinggi
semoga hidupmu Tuhan berkati.
Salmiza Abdullah
Shah Alam
230
230

