Page 238 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 238

Ilmu, Visi dan Karisma







                            1.   Baca petikan dan jelaskan ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin.
             TEMA 18  TEMA 18  2.  Berdasarkan pelbagai sumber, jelaskan gaya kepemimpinan yang boleh diamalkan
                               oleh seseorang pemimpin.

                   Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kejora menganjurkan Kem Kepemimpinan untuk semua ahli
                   jawatankuasa unit kokurikulum sekolah mereka. Mereka mengundang seorang tokoh pemimpin
                   persatuan untuk menyampaikan ceramah dalam salah satu slot yang diadakan.
             Pentadbiran dan Politik Pentadbiran dan Politik  Aini binti Ambak, Pengetua SMK Seri Kejora, barisan guru penasihat,
                   Salam sejahtera  saya  ucapkan  kepada Yang  Berusaha Datin  Noorul

                   semua  pemimpin  persatuan  dan  kelab  serta  murid-murid  yang  saya
                   hormati.  Saya  amat  berbesar  hati  kerana  dijemput  menyampaikan
                   ceramah dalam program ini. Tajuk ceramah saya pada hari ini ialah
                   “Ciri-ciri Pemimpin Unggul.”
                   Hadirin yang saya hormati,
                       Seorang pemimpin yang hebat mesti mempunyai ilmu yang luas.
                   Dengan adanya ilmu pengetahuan yang luas, pemimpin itu akan bijak
                   mentadbir  dan  mampu  menyelesaikan  masalah  dengan  cara  yang
                   terbaik.  Selain  itu,  pemimpin  berilmu  bijak  membahagikan  tugas
                   terhadap orang bawahannya. Oleh sebab itu, sebagai pemimpin, anda
                   perlu sentiasa belajar dan berusaha menguasai ilmu.
                       Seterusnya,  seorang  pemimpin  mestilah  mempunyai  visi  untuk
                   menentukan hala tuju pentadbirannya. Pemimpin yang bervisi dapat
                   menetapkan  sasaran  yang  ingin  dicapai  dalam  pentadbirannya  dan
                   dapat  meyakinkan  orang  lain  tentang  aspirasi  yang  ingin  dicapai
                   bersama-sama. Oleh hal yang demikian, anda perlu menetapkan visi
                   yang ingin dicapai oleh organisasi yang anda pimpin sekarang.
                   Hadirin yang saya sanjungi,
                       Selanjutnya, seseorang pemimpin mestilah mempunyai  karisma. Karisma berkait rapat dengan
                   personaliti mengagumkan yang mampu membuatkan orang lain terpesona. Pemimpin seperti ini
                   mudah membina hubungan dengan orang lain dan mudah mempengaruhi orang lain. Oleh sebab
                   itu, anda perlu sentiasa menjaga penampilan diri, disiplin diri, dan tatatertib apabila berhadapan
                   dengan orang lain.
                                                Akhir kata, jelaslah bahawa ilmu, visi, dan karisma amat penting dan
                                            perlu ada pada setiap pemimpin. Walaupun anda pemimpin di peringkat
                                            sekolah, anda patut berusaha membentuk diri sebagai pemimpin kerana
                                            anda bakal menerajui pentadbiran
                                            negara pada suatu hari nanti. Saya      Dapatkan maklumat tentang
                                             doakan agar anda dapat menjadi         kehebatan kepemimpinan tokoh
                                             pemimpin yang hebat. Sekian,           pemimpin dunia.
                                             terima kasih.


                        2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.
                 226
                 226
   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243