Page 32 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 32

Kembara Meluaskan


                              Pengetahuan                                                      IMBAS SAYA 




                               1.  Kenal pasti kata adjektif jarak, pancaindera, ukuran dan sifatan dalam bahan.
             TEMA 2            2.  Tulis cerita anda sendiri tentang pengalaman berkunjung ke sesuatu tempat
                                   dengan menggunakan kata adjektif tersebut.


                   “Kita hendak ke mana, abang ngah?” tanya Aswad.
                      “Abang  ngah hendak  membawa  Aswad  ke  Kuala  Kangsar  dengan  berbasikal,”  jawab
                   abang ngah.
             Menimba Ilmu      kita boleh tiba di sana dalam masa tiga jam,” tambah abang ngah lagi.
                       “Wah, jauh juga tempat itu!” kata Aswad.
                       “Dekat sahaja, Aswad,” kata abang ngah bergurau. “Kalau kita buat kayuhan seperti biasa,


                       Mereka bertolak pada awal pagi dalam cuaca yang redup. Sebelum itu, abang ngah memastikan
                   basikal mereka dalam keadaan baik.
                       “Kita perlu bersarapan dahulu, Aswad. Jika tidak bersarapan, badan kita akan lemah,” kata
                   abang ngah.
                       “Baik, abang ngah,” kata Aswad.
                       “Ada satu lagi pesanan. Pastikan bateri telefon pintar Aswad telah dicas. Kalau bateri telefon
                   penuh, Aswad boleh mengambil banyak gambar.”
                       Bagi abang ngah, kembara berbasikal itu bukan kembara biasa. Banyak perkara baharu yang
                   boleh dipelajari dalam kembara seperti itu. Oleh sebab itu, abang ngah mencatat pengalaman
                   kembaranya di dalam jurnal yang telah semakin tebal.
                       Mereka mengayuh basikal dengan tenang dari Taiping ke Kuala Kangsar. Dalam perjalanan,
                   mereka melalui beberapa buah kampung yang permai. Aswad tertarik melihat rumah-rumah
                   tradisional negeri Perak. Namun begitu, ada beberapa buah rumah yang telah usang kerana
                   ditinggalkan begitu sahaja.
                       Setelah tiga jam berbasikal, mereka tiba di Kuala Kangsar. Aswad dan abang ngah menikmati
                   semangkuk laksa pulas yang enak dan agak pedas. Walaupun tidak begitu besar, Kuala Kangsar
                   ialah bandar diraja negeri Perak yang menarik.
                   Mereka telah menjelajah ke tempat-tempat tumpuan            Kata adjektif ialah perkataan yang
                   pelancong di sana.                                          menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
                       Aswad dan abang ngah meneruskan kayuhan untuk           kata nama. Kata adjektif terbahagi kepada
                   kembali ke Taiping setelah puas berada di bandar            beberapa jenis, antaranya termasuklah
                                                                               sifatan atau keadaan, ukuran, jarak
                   diraja itu.                                                 dan pancaindera.

                                                                               Kata adjektif sifatan atau keadaan
                                                                               Contoh:  cerdas, berani, gopoh, sihat
                                                                               Kata adjektif ukuran
                                                                               Contoh:  panjang, tinggi, rendah, nipis
                                                                               Kata adjektif jarak
                                                                               Contoh:  rapat, hampir
                                                                               Kata adjektif pancaindera
                                                                               Contoh:  masin, comel, bising, halus, selesa

                           5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif jarak, pancaindera, ukuran dan sifatan dengan betul
                 20            mengikut konteks.
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37