Page 51 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 51

Bakti   Disanjung






                               1.  Kenal pasti isi utama dan cerakinkan ayat topik, ayat huraian,
                                   ayat contoh, dan ayat penegas.
                               2.  Buat analisis tentang kata bilangan dalam bahan.                               TEMA 3



                                                                 Yang Diraikan, Puan Zainah binti Mohd Azahari,
                                                                 Ketua  Bahagian  Buku  Sekolah,  Dewan
                                                                 Bahasa dan Pustaka, Yang Berbahagia, Datuk
                                                                 Haji Abdul Adzis bin Abas, Ketua Pengarah
                                                                 Dewan Bahasa dan Pustaka, Yang Dihormati,
                                                                 Tuan Haji Abd Khalik bin Sulaiman, Pengarah      Kerjaya ke Mercu Impian
                                                                 Jabatan Penerbitan, ketua-ketua jabatan,
                                                                 ketua-ketua bahagian dan kakitangan sekalian.
                                                                 Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan.
                                                                 Bersyukur kita kepada Tuhan kerana kita dapat
                                                                 berkumpul  untuk meraikan  Puan Zainah  binti
                                                                 Mohd Azahari yang akan bersara beberapa hari
                                                                 sahaja lagi.
                                                                   Tuan-tuan dan puan-puan,
                                                                   Puan Zainah merupakan orang penting
                                                                 Bahagian Buku Sekolah yang banyak berjasa.
                    Untuk makluman semua, beliau ialah tulang belakang bahagian ini dan telah berkhidmat selama
                    36 tahun. Segala tugas yang berkaitan dengan bahagian ini ada dalam tangan beliau, khususnya
                    tentang penerbitan buku teks. Kepakaran beliau tentang penerbitan buku teks menjadikan beliau
                    sering dirujuk oleh hampir tiga perempat daripada kakitangan bahagian ini. Begitu besar jasa beliau
                    kepada bahagian ini dan juga kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.
                       Ciri peribadi Puan Zainah unik dan istimewa. Beliau mampu melakukan beberapa pekerjaan
                    dalam satu-satu masa. Selain itu, beliau juga mengutamakan permuafakatan terutamanya melalui
                    mesyuarat  sebelum  melaksanakan  penerbitan  buku teks.  Seperti  kebanyakan  kakitangan  lain
                    di bahagian ini, beliau juga tidak berkira dengan masa. Ada kalanya, hampir setiap hari beliau akan
                    pulang lewat demi memastikan kerja-kerja penerbitan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
                    Sesungguhnya, bahagian ini cukup bertuah kerana memiliki kakitangan yang hebat dan berdedikasi
                    seperti Puan Zainah.
                       Tuan-tuan dan puan-puan,
                       Sebelum  mengundurkan  diri,  saya  mewakili  seluruh  kakitangan  bahagian  ini  mengucapkan
                    ribuan terima kasih kepada Puan Zainah atas komitmen yang diberikan kepada Bahagian Buku
                    Sekolah. Jika ada salah dan silap kami sepanjang tempoh perkhidmatan puan, maaf jua dipinta.
                    Kami mendoakan semoga puan sihat sejahtera serta berbahagia di samping keluarga yang tersayang.
                       Sekian, terima kasih.





                                                                                                          39
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56