Page 47 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 47

Guru, Oh, Guru!





                               1.  Deklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul.
                               2.  Berikan maksud sajak rangkap demi rangkap.                                     TEMA 3
                               3.  Cadangkan cara yang sesuai untuk membalas jasa guru.




                    Terima Kasih, Cikgu!



                     Sepucuk warkah untuk guruku


                    Kutulis warkah ini kepadamu                                                                   Kerjaya ke Mercu Impian
                    kerana di dadaku ada rahsia terpendam
                    bagaimana untuk kuluahkan terima kasih
                    kepadamu insan berhati mulia
                    setelah aku mengenal angka untuk mengira
                    dan huruf untuk membaca.

                    Engkaulah guru yang paling setia
                    mengajar aku makna perjuangan hidup
                    berdiri bagai lelaki gagah memimpin
                    bersimpuh bagai wanita anggun dan santun
                    bertutur dengan akal dan budi
                    juga menjadikan aku
                    manusia berilmu yang disanjung.


                    Terima kasih, guruku
                    kutulis warkah ini
                    kerana luhur budimu
                    yang tidak terbalas
                    oleh pujian dan sanjungan.



                    Norshamiah Shamsudin
                    Madrasah Sham Al-Johori










                          2.1.2  Membaca syair dan sajak secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal
                              pasti maksud tersurat dan tersirat.                                         35
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52