Page 113 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 113

Bubur pulut hitam ialah sejenis hidangan manisan yang popular di Malaysia. Perhatikan
                  resipi untuk bubur pulut hitam di bawah. Jika resipi asal ini adalah untuk hidangan 6
                  orang, hitung kuantiti yang diperlukan bagi setiap bahan untuk hidangan semua murid
                  di dalam kelas anda atau semua ahli keluarga anda di rumah. Gunakan pengetahuan
                  anda  tentang  nisbah  dan  kadar  untuk  menyediakan  resipi  ini.  Dengan  bantuan  guru
                  atau ahli keluarga, cuba resipi ini di sekolah atau di rumah.

                                                             Cara:                                            BAB
                                                                                                              4
                                                             1.  Cuci pulut hitam dengan bersih.
                                                             2.  Masukkan pulut hitam ke dalam
                                                                 periuk yang mempunyai 5 cawan air
                                                                 dan daun pandan.
                                                             3.  Rebus dengan menggunakan api
                                                                 yang kecil sehingga pulut masak dan
                                                                 lembut. Kacau pulut dari semasa ke
                     Bahan-bahan:                                semasa.
                     • 200 g pulut hitam (direndam           4.  Sementara itu, tambahkan gula
                      semalaman di dalam air)                    melaka dan satu cawan air ke dalam
                     • 125 g gula melaka                         periuk yang lain. Panaskan periuk
                     • 270 ml santan kelapa (tambahkan           dan kacau campuran itu sehingga
                      lebih banyak jika anda suka rasa           sirap hitam yang pekat kelihatan.
                      santan yang lebih)                     5.  Tambahkan campuran gula melaka
                     • 6 cawan air                               bersama santan kelapa ke dalam
                     • 3 helai daun pandan yang                  pulut yang dimasak. Kacau sehingga
                      dipotong dua dan disimpul.                 campuran sebati.
                                                             6.  Padamkan api. Hidangkan secara
                                                                 panas atau sejuk.









                  Leonardo  da  Vinci  (termasyhur dengan lukisan Mona Lisa),
                  Michelangelo (pelukis, arkitek dan pemuisi Zaman Pembaharuan
                  Itali)  dan  beberapa  orang  pelukis  yang  lain  mengkaji hubungan
                  nisbah pada tubuh manusia. Satu daripada nisbah yang digunakan
                                           tinggi kepala         2
                  oleh mereka ialah                            =   .
                                     tinggi keseluruhan tubuh    5
                  Cari gambar atau foto manusia dalam majalah atau surat khabar. Ukur tubuh mereka
                                                                                2
                  untuk menentukan nisbah tersebut. Adakah nisbah itu sentiasa  ?
                                                                                5

                                                                                                       103
                                                                          Nisbah, Kadar dan Kadaran



       04 Text book Mate Tg1.indd   103                                                               10/18/16   3:19 PM
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118