Page 283 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 283

Langkah-langkah untuk membina plot titik:

                  Lukis satu garis nombor          Plotkan setiap data satu demi
                  mengufuk yang meliputi           satu sebagai titik sepadan           Tulis tajuk
                  julat bagi data yang diberi.     dengan nilai pada garis nombor.      plot titik itu.


                                      Masa Rawatan Pergigian

                                                                                 Bincangkan kesesuaian
                                                                                 plot titik dalam
                                                                                 perwakilan data untuk
                                                                                 •  mengilustrasikan
                             17  18  19  20  21  22  23  24  25
                                         Masa (minit)                              kekerapan data.
                                                                                 •  bilangan data
                 Plot  titik  ini  sesuai  digunakan  untuk  memaparkan  masa      yang besar.
                 rawatan  pergigian  yang taburannya  adalah  dari 17 minit      •  data kategori atau
                 hingga 25 minit.                                                  data numerik.

                 (e)  Plot batang-dan-daun
                      Plot batang-dan-daun ialah  perwakilan  data yang
                 mengasingkan nilai data kepada batang dan daun mengikut
                 nilai  tempat.  Daun biasanya  ialah  digit  akhir  nombor itu.   Ahli matematik Amerika
                 Batang ialah digit atau digit-digit yang lain di sebelah kiri   Syarikat, John W. Tukey
                 nombor itu. Plot batang-dan-daun  mengekalkan  nilai  data     (1915 – 2000)
                 asal. Jadi, kita dapat melakukan pengiraan aritmetik ke atas   memperkenal plot
                 nilai itu bagi tujuan analisis data.                           batang-dan-daun pada
                                                                                tahun 1960an. Sejak itu,
                  Contoh     8                                                  plot batang-dan-daun
                                                                                telah menjadi perwakilan
                 Data di bawah menunjukkan markah ujian Matematik bagi 20       data yang popular untuk
                 orang murid di sebuah kelas. Wakilkan data itu dengan plot     menganalisis data.
                 batang-dan-daun  dan  berikan  justifikasi  kepada  kesesuaian
                 perwakilan data ini.
                  60    56    69    32    63    58    71    86    52    64
                  50    67    82    63    75    50    69    78    77    59                                    BAB
                                                                                                              12

                 Langkah-langkah untuk membina plot batang-dan-daun:

                  Tulis setiap data         Digit akhir      Susun semula       Tulis kekunci dan
                  satu demi satu            nombor           daun mengikut      tajuk. Kekunci
                  dengan digit puluh        itu ditulis      tertib menaik.     menunjukkan unit
                  sebagai batang.           pada daun.                          bagi batang dan daun.



                                                                                                       273
                                                                                Pengendalian Data



       12 Text book Mate Tg1.indd   273                                                               10/17/16   5:38 PM
   278   279   280   281   282   283   284   285   286   287   288