Page 94 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 94

4.3  Kadaran


                     Apakah hubungan antara nisbah dan kadaran?                       PEMBELAJARAN
                                                                                 Menentukan
                                                  2    Berpasangan               hubungan antara
                                                                                 nisbah dan kadaran.
               Tujuan :  Menentukan hubungan antara nisbah dan kadaran.
               Arahan :  Lakukan aktiviti ini secara berpasangan.

               1.  Pilih satu halaman daripada buku novel untuk disalin. Masa yang ditetapkan
                   untuk menyalin ialah 5 minit.
       BAB
       4
               2.  Rakan anda bertindak sebagai penjaga masa untuk memberitahu masa mula
                   dan masa tamat menyalin.
               3.  Salin pada kadar yang selesa untuk meminimumkan kesilapan ejaan.
               4.  Berhenti menyalin apabila tempoh masa tamat. Buat tanda di mana anda
                   berhenti menyalin.
               5.  Hitung bilangan perkataan yang disalin dalam masa 5 minit.
               6.  Anda dan rakan anda saling tukar peranan dan ulang Langkah  1 hingga  5.
                   Gunakan halaman yang sama semasa menyalin.
               7.  Salin dan catatkan dapatan anda di dalam jadual seperti yang berikut.
                      Nama murid
                      Bilangan perkataan
                      Masa (minit)                          5                          5

               8.  Berdasarkan keputusan dalam jadual, jawab soalan yang berikut.
                   (a)  Apakah kadar menyalin dalam masa 5 minit bagi anda dan rakan anda?
                   (b)  Tukarkan kadar menyalin dalam masa 5 minit kepada bilangan perkataan
                        per minit.
                   (c)  Jika anda berdua terus menyalin pada kadar yang sama, berapakah
                        perkataan yang dapat disalin bagi setiap orang dalam masa 1 jam?


               Dalam Aktiviti Penerokaan 2, anda telah menggunakan
               kadaran untuk mencari bilangan perkataan yang disalin
               dalam masa 1 jam.                                               Berdasarkan Aktiviti
               Misalnya,                                                       Penerokaan 2, bincangkan
                                          × 12                                 persamaan dan perbezaan
                                                                               antara nisbah, kadar dan
                              45 perkataan    =   540 perkataan                kadaran. Berikan contoh
                                5 minit           60 minit                     bagi setiap satunya.
                                         × 12
                    Kadaran ialah suatu hubungan yang menyatakan kesamaan antara dua nisbah atau
               dua kadar. Kadaran boleh diungkapkan dalam bentuk pecahan.

             84
             BAB 4



       04 Text book Mate Tg1.indd   84                                                                10/18/16   3:19 PM
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99