Page 19 - TAKWIM20_
P. 19
KPI UNIT KOKURIKULUM 2020
1. Peningkatan peratus kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum daripada 57.35% pada tahun
2019 kepada 65% pada tahun 2020.
2. Peningkatan penglibatan pasukan sukan permainan sekolah di peringkat daerah kepada 16
pasukan .
3. Peningkatan pencapaian tempat pertama, kedua dan ketiga di peringkat daerah dalam sukan
permainan daripada 5 pasukan kepada 8 pasukan.
4. Peningkatan penyertaan murid di peringkat negeri untuk kokurikulum daripada 3 acara sukan
dan 3 aktiviti koakademik pada tahun 2019 meningkat kepada 5 acara sukan dan 4 aktiviti
kokakademik pada tahun 2020.
5. Peningkatan PAJSK daripada GPS 3.24 kepada 3.10
MATLAMAT UNIT KOKURIKULUM 2020
Unit kokurikulum SMK Taman Desa 2 berhasrat mendidik dan melahirkan murid-murid yang
sihat, cergas dan cerdas serta aktif dalam kokurikulum bagi melahirkan insan yang berdisiplin,
berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berdaya saing sebagai pemimpin masa depan yang serba
boleh.
OBJEKTIF UNIT KOKURIKULUM 2020
1. Merancang,menganjur, mengelola dan menilai kegiatan kokurikulum dalam bentuk aktiviti-
aktiviti yang memperkukuh pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
2. Memberikan penekanan kepada penerapan nilai-nilai positif dan nilai-nilai murni untuk
meningkatkan kualiti, sahsiah, disiplin, ketahanan diri dan daya saimg.
3. Memperkukuh semangat patriotisme , perpaduan kaum dan pembinaan sahsiah kendiri
melalui aktiviti kokurikulum.
4. Memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk memperkembangkan minat, bakat, daya
kreativiti dan inovasi melalui kegiatan kokurikulum,.
5. Mewujudkan proses PdPc merentasi kokurikulum dalam suasana yang menyeronokkan di
luar bilik darjah.
Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, kelab/persatuan, sukan/permainan serta
mempelbagaikan aktiviti dengan tujuan memberikan peluang kepada semua murid untuk melibatkan
diri secara individu atau berkumpulan

