Page 7 - TAKWIM20_
P. 7
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2 (SMKTD2) mula beroperasi pada 1 Januari 2008
dengan jumlah murid seramai 551 orang dan 37 orang guru. Pada ketika itu, sekolah ini hanya
menawarkan kelas Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, 2 dan 4 sahaja yang berjumlah 16 buah kelas.
Bangunan sekolah ini terdiri daripada Blok A, Blok B, Blok Bengkel Kemahiran Hidup, dua buah Blok
Makmal, Blok Pentadbiran, Kantin dan surau.
Bilangan murid telah bertambah dari setahun ke setahun dan mulai tahun 2020 bilangan kelas
bertambah kepada 78 kelas. Ini termasuk 1 kelas Peralihan, 3 kelas KAA (Kelas Aliran Agama), 13
kelas Tingkatan 1, 13 kelas Tingkatan 2, 12 kelas bagi Tingkatan 3, 4 dan 5 serta 12 kelas PPKI
(Program Pendidikan Khas Integrasi). Jumlah murid menjangkau hampir 2100 orang dan bilangan
guru seramai 141 dan 18 orang kakitangan sokongan.
Pada awal penubuhan SMKTD2 diterajui oleh Pn Hjh Naaimah Bt Ismail sehingga Disember 2011
selaku Pengetua. Pada Januari 2012 sehingga April 2019, jawatan Pengetua digalas oleh Pn Hjh
Jamaliah Bt Abu. Mulai April 2019, Pn Aliza Bt Mohd Ali pula diamanahkan untuk membawa
pembangunan sekolah ini selaras dengan dasar-dasar PPPM dan bergerak lebih cemerlang sesuai
dengan moto sekolah ‘DISIPLIN, KUALITI, CEMERLANG’ serta kata-kata pembakar semangat iaitu
‘STAND2-The Best!’.
Dengan kemudahan-kemudahan lain yang sedia ada seperti Pusat Sumber, Bilik Bimbingan dan
Kaunseling, padang dan lain-lain. Sekolah amat bertuah pada tahun 2015 kerana mendapat sebuah
Dewan Terbuka. Sekolah ini juga telah melakar beberapa kejayaan dalam bidang kurikulum dan ko-
kurikulum. Pada tahun 2011 dan 2012 sekolah ini telah Berjaya mendapat Tawaran Baharu Pengetua
(BAIAH).

