Page 14 - Wanita UMNO PJ 2021
P. 14
PERINGATAN MESYUARAT PERWAKILAN
WANITA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA
Tarikh : 02 Januari 2021
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Melawati, Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya
1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS
1.1 Pengerusi Majlis mengalu-alukan kedatangan para perwakilan di Mesyuarat
Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya
2. BACAAN DOA
2.1 Bagi mendapatkan rahmat dan perlindungan daripada ALLAH SWT bacaan doa
telah disempurnakan oleh Tuan Hj Khairul Anwar Bin Zaini.
3. NYANYIAN LAGU UMNO DAN LAGU MAJU WANITA UMNO
3.1 Para perwakilan dan hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, UMNO
“BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT”, dan lagu “Maju Wanita UMNO” secara
beramai-ramai dengan penuh semangat.
4. UCAPAN KETUA WANITA BAHAGIAN PETALING JAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Selawat Ke atas Nabi
Muhammad SAW. Jutaan terima kasih kepada semua wanita cawangan yang telah
berjaya mengadakan mesyuarat. Wanita memang luar biasa walaupun dalam keadaan
melanda negara. Wanita mampu mengadakan persidangan cawangan. Wanitalah yang
mencukupkan korum di cawangan. Tanpa keahlian Wanita, peringkat Cawangan akan
pupus. Hakikatnya diperingkat akar umbi umno, Wanitalah yang menghidupkan Parti
Keramat kita ini.
DIPEKAN TENOM MAKAN LAKSA
MAKAN TELOR PENYU DI SAMARAHAN
WANITA UMNO LUAR BIASA
SEMANGAT INI HARUS DIPERTAHANKAN
Jumlah Wanita Cawangan yang bersidang sebanyak 97 Cawangan.
Seperti yang telah semua maklum dan sedar, PRU akan diadakan pada bila-bila masa
sahaja. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi JR PDM dan Jentera
JR disetiap DUN di Parlimen Petaling Jaya yang telah melaksanakan gerak kerja yang
telah diberikan.
DI MELALAP HUJAN LEBAT
NAIK FOUR WHEEL DRIVE KE LIKAS
WANITA PJ MEMANG HEBAT
TUNJUKKAN DALAM PRU 15
SELAMAT BERJUANG
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
14

