Page 17 - Wanita UMNO PJ 2021
P. 17

13.   MEMBAHASKAN USUL
                       Cik Nor Azmah Binti Abdullah, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya
                       telah  membentangkan  usul  bertajuk  Penetapkan  30%  Kuota  Wanita  Dalam
                       Pentadbiran  Negara  dan  Puan  Fauziah  Binti  Abdullah  Shani  menyokong  usul
                       tersebut tanpa bahas.

                       Berikut adalah usul :-
                       MENGINSAFI  peranan  wanita  yang  banyak  memberi  sokongan  kepada  parti  dan
                       menjadi  asas  penglibatan  sebagai  penstabil  dan  tulang  belakang  dalam  setiap
                       keputusan yang dibuat pemimpin parti.

                       MENGAKUI  kesedaran  politik  di  kalangan  wanita  semakin  menyerlah  berpunca
                       daripada  tahap  pendidikan  yang  semakin  baik  dan  memberi  akses  kepada
                       percambahan maklumat yang lebih banyak serta peranan menentukan kemenangan
                       parti semakin meluas.

                       MENGHARGAI  JASA  DAN  KESETIAAN  ahli  wanita  UMNO  yang  rata-rata  masih
                       begitu  setia  tanpa  berbelah  bahagi  kepada  parti  keramat  ini  dan  pemerkasaan
                       kepimpinan wanita dalam penglibatan politik dapat memberi kesedaran kepentingan
                       wanita sebagai pengimbang gender dalam pentadbiran dan pembuatan keputusan.
                       Secara tidak langsung jurang gender dapat dikurangkan.

                       MENYEDARI realiti bahawa jumlah Ahli Parlimen wanita di Malaysia ialah seramai 32
                       orang iaitu mewakili 14.4 peratus sahaja daripada keseluruhan Ahli Parlimen.

                       MAKA,  Pergerakan  Wanita  UMNO  Bahagian  Petaling  Jaya  yang  bersidang
                       mengambil ketetapan seperti berikut:

                       MENCADANGKAN  usul  30%  kuota  wanita  dalam  pentadbiran  negara  dengan
                       melantik  wanita  yang  berkaliber  dan  berkemampuan  untuk  menerajui  sistem
                       pentadbiran negara, selaras Dengan Dasar Wanita Negra 2009.

                       MEMASTIKAN Dasar  Wanita Negara 2009  yang memperjuangkan 30 % Penglibatan
                       Wanita di Peringkat Pembuat Dasar dan Keputusan (politik,kepimpinan dan lembaga
                       pengarah) diimplementasikan.

                       MEYAKINI  DAN  MEMPERCAYAI  usul  ini  akan  memberi  galakan  dan  inspirasi
                       kepada  wanita  untuk  memberi  sumbangan  yang  sewajarnya  dalam  pentadbiran
                       negara  serta  dapat  memberi  keseimbangan  dan  kestabilan  dalam  pembangunan
                       negara.


                  14.   MESYUARAT DITANGGUHKAN

                       Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang






                                                Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021

                                                                                                            17
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22