Page 30 - Wanita UMNO PJ 2021
P. 30
LAMPIRAN A
USUL PERWAKILAN WANITA UMNO 2021
MENCADANG MENETAPKAN LEBIH RAMAI WANITA DIPILIH MENJADI CALON
PARTI PADA PRU Ke-15
BismillahirRahmanirRahim,
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi Nasta’in,
Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad wa A’la Ali Saidina Muhammad,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan,
MENGHARGAI pengorbanan dan jasa wanita yang senantiasa setia bersama parti
ketika berhadapan dengan pelbagai mehnah dan cabaran, sanggup menempuh
ombak yang membadai serta onak duri perjuangan, selepas diduga tantangan besar
pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
MENGETAHUI bahawa perlunya lebih ramai wanita berkebolehan diketengahkan di
dalam arena politik tanah air, supaya wanita juga boleh dilibatkan bersama di dalam
setiap keputusan penting apabila ada wakil golongan ini yang dipilih memasuki
Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.
MEMBUKTIKAN kepada rakyat, bahawasanya parti keramat ini sememangnya fokus
dan serius dalam membawa agenda transformasi di peringkat parti, dengan memberi
banyak laluan kepada wanita untuk mewakili rakyat baik di peringkat negeri
mahupun di Persekutuan.
MENYEDARI hakikat, realiti, lanskap dan perkembangan terbaharu pada Pilihan
Raya Negeri Melaka yang lalu, majoriti calon wanita berjaya menyumbang dan
memberi impak signifikan kepada kemenangan besar Barisan Nasional. Ini
menunjukkan bahawa, rakyat hari ini, lebih bersifat dinamik dan matang dalam
memilih pemimpin, sepatutnya, sebagai sayap parti yang rapat dengan rakyat, maka
wajarlah calon wanita lebih diiktiraf, diangkat martabatnya untuk diketengahkan.
Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021
30

