Page 31 - Wanita UMNO PJ 2021
P. 31

MENGULANGI  kebimbangan  sebelum  ini,  bahawasanya  wakil  wanita  di  Parlimen
              masih sedikit jumlahnya berbanding dengan angka populasi keseluruhan wanita di
              negara  ini.  Perkara  ini  perlu  diperbaiki  dan  ditambahbaik  serta  diperkasakan,
              supaya agenda memperteguh sektor ekonomi, sosial dan budaya di bawah payung
              Keluarga  Malaysia,  khususnya  melibatkan  golongan  wanita  di  negara  ini,  dapat
              dilaksanakan dengan sebaiknya serta seberjaya mungkin.

              Saudara dan Saudari Sekalian,


              MAKA,  Wanita  UMNO  Bahagian  Petaling  Jaya  yang  bersidang  pada  hari  ini
              11hb.Disember 2021 mengambil ketetapan seperti berikut :

              MENCADANGKAN  usul  supaya  lebih  ramai  calon  wanita  dipilih  untuk  mewakili
              parti, pada Pilihan Raya Umum, khususnya dalam PRU Ke-15 yang akan datang.
              Hal ini supaya, usaha untuk menyumbang kepada penglibatan 30 peratus kuota
              wanita  di  dalam  membuat  dasar  dan  penggubalan  undang-undang  serta  terlibat
              secara strategik, aktif dan langsung dalam pembangunan negara akan dapat dicapai.

              MEMASTIKAN  Dasar    Wanita  Negara  2009    yang  memperjuangkan  30  peratus
              Penglibatan Wanita di pelbagai Peringkat Pembuat Dasar dan Keputusan (politik,
              kepimpinan  dan  lembaga  pengarah)  diimplementasikan  secara  penuh  serius  dan
              bersepadu.

              MEMPERCAYAI bahawa usul ini akan dapat menyumbang kepada pembangunan
              negara selari dengan aspirasi kestabilan yang didokong oleh parti ketika ini, apabila
              lebih  ramai  wanita  dilibatkan  di  dalam  membuat  keputusan  strategik  demi
              kepentingan dan kemakmuran negara.

              Tuntasnya, bagai dimadah oleh pujangga bestari,
              Wanita itu diciptakan unik, istimewa, molek maruah,
              Tetap tegar setia sesekali takkan menyerah,
              Teguh sabar pendirian meski ingin mengeluh,
              Kukuh kuat meski kadangkala hampir terjatuh,
              Tetap bangkit, tak pernah mengalah cekal hatinya,
              Dan.. teguh berpadu setia sampai pada akhirnya.












                                                Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Petaling Jaya 2021

                                                                                                            31
   26   27   28   29   30   31