Page 107 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 107

Modul Pembelajaran
                                                                          KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



                                                            Lakaran Awal (thumbnail)
                                                            Lakaran  awal  (thumbnail)  merujuk  kepada
                                                            lakaran-lakaran  bersaiz  kecil  yang  menunjukkan
                                                            idea-idea  awal  sesuatu  reka  bentuk.  Ia  lebih
                                                            kepada komposisi asas rekaan itu sebelum dipilih
                                                            untuk dibesarkan menjadi lakaran penuh





                                                            Lakaran separa penuh
                                                            (semi comprehensive)

                                                            Lakaran  Separa  Komprehensif  merujuk  kepada
                                                            lukisan  yang  separa  lengkap  berdasarkan
                                                            pemilihan  daripada  peringkat  thumbnail.  Kajian
                                                            secara    visual    terhadap    rupa,    bentuk,
                                                            warna,tipografi  dan  saiz  dihasilkan  dalam  satu
                                                            komposisi    yang    lengkap   untuk    memberi
                                                            kefahaman kepada penilai karya.






                                                           Lakaran Komprehensif (Comprehensive)
                                                           Lakaran  Komprehensif  merujuk  kepada  lukisan
                                                           lengkap hasil pemilihan rekaan daripada peringkat
                                                           separa komprehensif. Kesemua komposisi lukisan
                                                           telah dikenalpasti dengan visual lebih realistik dan
                                                           menjadi karya akhir secara manual.





                                                           Lakaran Akhir (Final Sketches)
                                                           Merupakan  lakaran  akhir  yang  digunakan  untuk
                                                           persembahan      kepada     pelanggan      dengan
                                                           memasukkan  segala  informasi  berkaitan  rekaan
                                                           itu.  Tiada lagi perubahan reka bentuk akan dibuat
                                                           selepas lukisan persembahan itu dipersetujui oleh
                                                           pelanggan.







                                                              97
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112