Page 108 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 108

Modul Pembelajaran
                                                                          KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4

                 Memilih lakaran logo dalam produksi grafik.

               Pemilihan lakaran akhir merujuk kepada keputusan untuk memilih reka bentuk yang terbaik yang
               akan dipersembahkan kepada pelanggan. Satu proses mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
               perlu dijalankan serta menyatakan bukti-bukti atau hujah bagi menyokong sebab-sebab rekaan itu
               dipilih.

               Elemen-elemen dalam menilai idea adalah seperti mempertimbangkan idea, mentafsir maklumat,
               menyatakan rasional, alasan menerima atau menolak, membuat pilihan dan membahas isu.



                                                                                          Pemilihan
                                                                                        lakaran akhir








                                                    Rajah 2.1.27 Proses Lakaran

                   Reka bentuk logo akhir dengan gabungan prinsip reka bentuk dan elemen seni.

               Lukisan  persembahan  dihasilkan  bertujuan  untuk  mempersembahkan  hasil  rekaan  kepada
               pelanggan.  Lukisan  persembahan  perlu  kelihatan  menarik  dan  dapat  menyampaikan  informasi
               kepada pelanggan supaya mereka tertarik serta bersetuju dengan rekaan yang telah dihasilkan.



                                                                                                Mounting
                                                                                                  Board











                                                 Rajah 2.1.28 Lukisan Persembahan
               Catatan:Segala ilustrasi reka bentuk logo yang digunakan adalah ehsan daripada Sdr.Amin Nur Aizat;UiTM





                                                              98
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113