Page 26 - MODUL PRODUKSI REKA TANDA 2
P. 26

Modul Pembelajaran
                                                                                                                     KSSM MPV Produksi Reka Tanda Tingkatan 4



                      Kod Etika Profesional

                      Kod merujuk kepada satu tanda atau simbol yang mempunyai maksud tertentu untuk
                      sesuatu  perkara  yang  dikhaskan.  Etika  pula  merupakan  satu  disiplin  atau  peraturan.
                      Manakala,  maksud  profesional  dirujuk  kepada  individu  atau  golongan  mahir  dalam
                      bidang tertentu.


                      Kesimpulannya  kod  etika  profesional  dapat  dikatakan  sebagai  satu  disiplin  yang
                      dikhaskan kepada  seseorang  individu  atau  golongan  pakar  dalam  bidang tertentu.  Ia
                      sebagai satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam
                      mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika.


                      Antara contoh etika professional






                        Kerahsiaan         Cemerlang          Komited          Berinisiatif   Bertanggungjawab




                                                  Rajah 1.1.6  Contoh Etika Profesional


                      Fungsi Kod Etika




                      a.  Inspirasi Dan Panduan

                          Kod etika profesional telah mengelaskan pelbagai tingkahlaku yang patut diamalkan
                          dalam  sesebuah  organisasi  atau  jabatan  tersebut.  Kod  ini  juga  boleh  dianggap
                          sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan lebih
                          baik.

                          Dengan  panduan  dan  peraturan  amalan-amalan  kerja,  kod  etika  boleh  memandu
                          dan  mengingatkan  ahli-ahli  professional  mengenai  keputusan  yang  perlu  diambil
                          dan tingkahlaku yang sepatutnya apabila berada di dalam sesuatu keadaan.




                      b.  Pencegahan Dan Disiplin

                          Kod-kod etika digunakan khususnya oleh badan-badan professional sebagai asas
                          untuk  menyiasat  sebarang  penyelewengan  ahli-ahlinya  apabila  terdapat  sebarang
                          aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa
                          oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu
                          dalam  sesbuah  organisasi  atau  jabatan.  Selain  itu  ia  juga  dapat  mengelakkan
                          penggunaan  maklumat-maklumat  rahsia  syarikat  atau  jabatan  untuk  kepentingan
                          diri sendiri.





                                                             16
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31